Disediakan Untuk:
Dr. Maharam Mamat
Disediakan Oleh:
Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim
Mohd Hadi bin Mazlan
Siti Nur Afiqah binti Basiran
Nur Hidayah binti Hairul Azman
Filzah Izzaty binti Fadil
Siti Kharunisa binti Mohd Yusri
ABSTRAK
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti
tahap keyakinan, penerimaan, tahap sambutan dan juga perasaan ingin mencuba
masyarakat terhadap produk kosmetik yang baru diperkenalkan. Responden kajian
dipilih secara rawak yang terdiri daripada 100 orang penduduk di sekitar Bandar
Baru Bangi iaitu 33 orang lelaki dan 67 orang perempuan. Data kajian diperolehi
melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Hasil kajian
menunjukkan kebanyakkan responden menunjukkan tahap penerimaan yang rendah terhadap
produk baru kerana mereka lebih cenderung untuk kekal dengan produk terdahulu. Berdasarkan
dapatan kajian juga, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan
tahap keyakinan, penerimaan dan tahap sambutan masyarakat terhadap produk
kosmetik yang baru diperkenalkan.
Kata Kunci: Produk Kosmetik
Baru, Keyakinan, Penerimaan, Tahap Sambutan, Perasaan Ingin Mencuba.
ABSTRACT
This research is
aims to examine the level of confidence, acceptance, the level of customer
response and level of wanting to try new cosmetic products. This research
involves 100 respondents selected around Bandar Baru Bangi, which consist of 33
males and 67 females. The data is collected through questionnaires and analyzed
using SPSS. The results showed that most respondents indicated a low level of
acceptance of new products because they are more likely to remain with earlier
products. Based on these findings, some suggestions are put forward for
increasing the level of confidence, acceptance and the level of public response
to the new cosmetic products.
Key Words: New Cosmetic Products, Confidence, Acceptance, Level Of
Response, wanting to try.
1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, kosmetik adalah
bahan atau campuran bahan untuk digosokkan, dilekatkan, dituangkan, dipercikkan
atau disapukan pada, di masukan dalam, dipergunakan ke atas badan manusia
dengan tujuan untuk membersihkan, memelihara, menambah daya tarikan, dan
mengubah rupa (Sehat Kabau, 2012). Kebelakangan ini, produk-produk kosmetik
baharu semakin banyak dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kosmetik
yang tidak terkira jumlahnya. Hal ini tidak terhad kepada produk-produk
tempatan, tetapi juga turut melibatkan produk-produk antarabangsa. Antara
produk kosmetik yang cukup terkenal dalam pasaran Malaysia termasuklah Qu Puteh
Vida Beauty, Dnars Skin Care, Beauty Umaira dan lain-lain lagi.
Namun begitu, di sebalik lambakan produk-produk kosmetik
ini, terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan
produk-produk kosmetik terkenal ini demi keuntungan mudah memandangkan
produk-produk ini telah laris di pasaran disamping populariti produk-produk ini
sudah terkenal dalam kalangan penggemar produk kosmetik. Tidak dinafikan bahawa
lambakan-lambakan produk kosmetik tiruan ini semakin hari semakin kronik
sehinggakan pengguna tidak lagi tahu bagaimana cara untuk membezakan produk
kosmetik asli dan tiruan. Lebih merisaukan lagi terdapat juga sesetengah produk
yang mengandungi merkuri yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan. Menurut United
Nations Environment Programme (UNEP) (2008), menjelaskan bahawa penggunaan merkuri dalam produk
kosmetik boleh memberi kesan buruk termasuk ruam, perubahan warna, memberikan
parut akibat radang kulit dan boleh jangkitan kulit akibat bakteria dan
gangguan kulit mikosis. Selain itu, pengunaan langsung yang berpanjangan dan
berulang-ulang boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf dan buah
pinggang.
Oleh itu, permasalahan-permasalahan ini kadang kala
menjadi punca kepada keyakinan pengguna terhadap produk kosmetik baharu luntur
akibat daripada kerisauan mengenai keaslian sesuatu produk, keberkesanan dan
kelebihan produk-produk baharu. Namun begitu, lambakan produk-produk kosmetik
baharu ini tidak hanya terhad kepada kesan-kesan negatif sebaliknya turut
mempunyai beberapa kesan positif. Dalam pemilihan sesuatu produk kosmetik,
pengguna perlulah lebih bijak dalam memilih agar tidak menyesal di kemudian
hari akibat penyakit-penyakit yang yang berpunca daripada penggunaan
produk-produk kosmetik tersebut.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Kajian yang dilakukan ini berkait rapat dengan tahap
penerimaan penduduk Bandar Baru Bangi ke atas produk-produk kosmetik yang baru
dipasarkan. Penerimaan produk baharu ini sememangya berkait rapat dengan soal
kesetiaan terhadap produk lama dan bagaimana tanggapan penduduk Bandar Baru
Bangi ke atas keluaran baru produk kosmetik.
Penggemar produk kosmetik kini dikatakan amat sukar untuk
bertukar kepada produk-produk baharu atas faktor keyakinan dan keberkesanan
memandangkan ramai yang memilih untuk setia dengan produk terdahulu kerana
telah mengetahui hasilnya. Selain itu, sambutan terhadap produk-produk kosmetik
terbaharu juga dikatakan kurang walaupun berlangsungnya promosi secara
besar-besaran.
Melalui kajian yang dijalankan, maka persepsi-persepsi
masyarakat yang terdiri daripada penduduk Bandar Baru Bangi dapat dirungkai
sama ada benar atau tidak dakwaan produk kosmetik terbaharu sukar mendapat
tempat dihati pelanggan.
1.2
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keyakinan pengguna terhadap
keberkesanan produk kosmetik baharu. Selain itu, kajian ini juga
dijalankan untuk menilai tahap penerimaan
masyarakat terhadap produk kosmetik yang baru diperkenalkan. Di samping itu,
kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap sambutan dan juga perasaan ingin
mencuba masyarakat terhadap produk-produk kosmetik terbaru.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Fenomena pengeluaran produk-produk kosmetik terbaharu
sememangnya akan kedengaran saban tahun. Pengusaha-pengusaha produk kosmetik
berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk-produk terbaharu demi kepuasan
pengguna. Namun begitu, adakah pengeluaran produk-produk baharu ini mampu
mendapat penerimaan oleh pengguna. Oleh itu, beberapa persoalan kajian telah
dinyatakan untuk mencapai objektif yang
bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa persoalan kajian telah dikenal
pasti iaitu:
- Adakah produk-produk yang baru dikeluarkan dan dipasarkan tidak diyakini oleh masyarakat terutama sekali dalam aspek keberkesanan?
- Setakat mana kebenaran yang menyatakan bahawa tahap penerimaan masyarakat terhadap produk kosmetik yang baru dikeluarkan sangat rendah atas faktor produk tersebut masih belum terkenal?
- Sejauh manakah sambutan dan juga perasaan ingin mencuba penduduk Bandar Baru Bangi ke atas produk-produk yang baru diperkenalkan?
.
1.4 SKOP/BATASAN
KAJIAN
Skop utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penerimaan masyarakat terhadap produk
kosmetik yang baru diperkenalkan ke atas penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.
Kajian hanya tertumpu dalam kalangan penduduk Bandar Baru Bangi sahaja. Sesuai
dengan objektif kajian ini, kajian hanya dibuat sekitar kawasan Bandar Baru
Bangi, Selangor dan sampel-sampel yang diambil juga adalah daripada mereka yang
tersebut di atas.
2.0 METODOLOGI
KAJIAN
2.1 Rekabentuk
Kajian
Kajian yang dilakukan ini adalah
berbentuk deskriptif dan bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan penduduk Bandar Baru Bangi
terhadap produk kosmetik yang baru diperkenalkan. Berg et al. (1979)
menjelaskan bahawa kajian deskriptif memperjelaskan fenomena dengan
menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media
yang lain. Menurut Ary dan Jacobs (1990) pula, menyatakan bahawa penyelidikan
deskriptif direka untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan sesuatu kedudukan
kejadian masa kini (Mohd Rizal & Thay Cheow Yin, 2007). Kajian ini
mengunakan reka bentuk kajian kuantitatif dalam mengutip data secara terus dari
responden.
2.2 Sampel
Kajian
Kajian ini dilakukan kepada 100
orang responden pelajar bukan bumiputera yang terdiri daripada pelajar-pelajar
UKM. Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan
kepada pelajar bukan bumiputera di UKM.
[Lokasi
kajian adalah di Bandar Baru Bangi, bagaimana sampel dikutip di UKM?]
2.3 Alat Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, dua jenis alat kajian telah digunakan
iaitu data primer (borang soal selidik) dan data sekunder. Menurut Tuckman
(1999), soal selidik merupakan cara yang berkesan bagi mendapatkan maklumat
daripada responden (Nazri Muslim & Abdul Latif Samian 2012 : 11). Borang soal
selidik dibahagikan kepada dua bahagian yakni bahagian A terdiri daripada (data
demografi responden) manakala bahagian B terdiri daripada soalan soal selidik
yang berkaitan dengan tahap penerimaan pelajar
bukan bumiputera terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Set soal
selidik kajian yang disediakan menggunakan skala Likert dengan tiga pilihan
jawapan iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju.
Menggunakan kaedah borang selidik
sememangnya lebih efektif dalam mendapatkan data. Hal ini kerana dengan
menggunakan soal selidik, data yang diterima adalah tepat dan responden dapat
memberi maklum balas dengan yakin. Selain itu, dengan menggunakan set soal
selidik ini juga akan menghasilkan item-item yang boleh dipercayai serta
menjimatkan masa dan kos pengkaji.
Bagi menyokong maklumat daripada borang soal selidik itu, pengkaji telah
mendapatkan beberapa sumber lain iaitu sumber sekunder seperti buku-buku,
laporan kajian, penyelidikan bertulis, artikel dalam surat khabar dan beberapa
artikel dari internet.
3.0 KAJIAN
LITERATUR
Kajian mengenai persepsi
masyarakat dalam konteks produk kosmetik turut disentuh oleh beberapa pengkaji
terdahulu. Antaranya, kajian yang dilakukan oleh Desiderato (2004) yang
mendifinisikan istilah persepsi yang bermaksud pengetahuan tentang objek,
sesuatu kejadian, dan hubungan-hubungan yang diperoleh dengan membuat
kesimpulan mengenai maklumat dan mentafsirkan tanggapan seseorang. Persepsi
mampu memberikan makna pada stimuli luaran (Rakhmad, J. 2004 : 51).
Guthrie, M.
& Jung, J. (2008) dalam kajian mereka women's
perceptions of brand personality with respect to women's facial image and
cosmetic usage telah mendapati bahawa perempuan beranggapan bahawa
kecekapan personaliti jenama adalah yang paling utama dalam kalangan semua
jenama yang turut memperlihatkan persepsi pengguna berkaitan dengan sifat-sifat
personaliti jenama adalah berbeza. Dalam penelitian ini mereka menjalankan
kajian elektronik yang melibatkan sampel sebanyak 225 peserta wanita di Amerika
Syarikat untuk mengetahui persepsi mereka terhadap produk-produk kosmetik. Kaji
selidik itu termasuk barangan yang mengukur imej muka, penggunaan kosmetik,
personaliti jenama, dan ciri-ciri sesebuah jenama. Dengan kajian ini,
syarikat-syarikat boleh meningkatkan strategi pemasaran mereka untuk
meningkatkan kepuasan pelanggan dan meningkatkan asas pelanggan mereka. Selain
itu, dengan mengenal pasti personaliti jenama yang menarik pengguna,
syarikat-syarikat boleh menunjukkan ciri-ciri yang pelanggan cari pada sesuatu
produk, yang seterusnya boleh digunakan untuk meningkatkan imej jenama (Gupta,
V. 2013 : 3).
Persepsi
menurut Erna Ferrinadewi (2008) pula adalah mengikut tanggapan awal pelanggan
terhadap produk yang dibeli atau diguna pakai. Pembelian produk oleh pelanggan
disebabkan beberapa faktor seperti kegunaan produk, pengiklanan yang bagus dan
mengikut gaya terkini.
Bagi Aaker
(2000) menilai bahawa kesedaran jenama sememangnya memainkan peranan yang amat
penting dalam persepsi pengguna terutamanya apabila corak pembelian mereka
masih belum ditentukan. Barangan berjenama juga dikatakan lebih memberikan
keyakinan Selain itu, media dan pengiklanan adalah alat yang berkesan untuk
memberi kesedaran dalam mempengaruhi persepsi pengguna (Kazmi, S.Q. 2012).
Son Dong Yeop et al. (2012)
dalam kajiannya A Study on Consumers’
Perceptions and Emotional and Behavioral Attitudes Concerning the Usefulness of
Information on All Cosmetic Ingredients Used, berpendapat bahawa dalam usaha
untuk meningkatkan persepsi pengguna mengenai maklumat produk, pendidikan
mengenai fungsi dan jenis bahan-bahan kosmetik perlu disediakan secara
berterusan. Dasar ini juga boleh memberi mandat bahawa pengeluar dan pengedar
produk-produk kosmetik juga merangkumi penerangan bertulis daripada fungsi dan
kesan semua bahan-bahan yang digunakan sebagai sebahagian daripada produk
mereka.
Hill, A.
(2011), telah memberikan beberapa tips, memandangkan pembungkusan memainkan
peranan penting dalam mempamerkan jenama. Hill percaya bahawa pembungkusan
merupakan perkara pertama yang dilihat oleh pengguna. Malah, pembungkusan boleh
menjadi pengaruh tunggal dalam mempengaruhi persepsi pembeli. Menurut Hill
lagi, syarikat-syarikat kecil sering akan melabur dalam pembungkusan produk
mereka jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain dalam memperkenalkan
jenama. Beliau menulis bahawa pakej kuat berpengaruh adalah ungkapan yang sahih
dalam konteks personaliti jenama dan mampu menyampaikan mesej secara jelas
kepada audien atau pengguna. Ini adalah kunci dalam menyasarkan pelanggan untuk
membeli dan pelanggan juga rasa seolah-olah produk tersebut sedang bercakap
kepada mereka walhal ianya hanyalah mesej dari kotak pembungkusan (Gupta, V. 2013 : 5).
Berdasarkan kajian lepas, dapat dilihat bahawa kajian persepsi pengguna
produk kosmetik kurang dilaksanakan di Malaysia dan kajian yang dijalankan juga
tidak berfokuskan kepada produk kosmetik terbaharu. Oleh itu, masih terdapat
ruang yang belum dikaji iaitu berkaitan persepsi masyarakat Malaysia sendiri
dalam konteks penerimaan terhadap produk kosmetik terbaru. Oleh itu, kajian ini
bertujuan mengisi kekosongan ruang-ruang yang ditinggalkan oleh pengkaji
terdahulu dengan menjalankan satu bentuk kajian kuantitatif dalam mendapatkan
perspektif masyarakat Malaysia yang terdiri daripada penduduk sekitar Bandar
Baru Bangi terhadap penerimaan terhadap produk kosmetik yang baru dikeluarkan.
4.0 HASIL ANALISIS
DATA
Nyatakan sedikit intro untuk memperkenalkan kajian,
contoh:
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap penerimaan
penduduk Bandar Baru Bangi terhadap produk kosmetik yang baharu diperkenalkan,
bla bla bla....
(A) LATAR BELAKANG PERIBADI
Berdasarkan
jadual di atas, kajian ni telah dijalankan ke atas 33% lelaki atau 33 orang lelaki dan 67% atau
67 orang perempuan yang telah dipilih sebagai responden dalam menjawab soal
selidik yang diberikan. Responden adalah terdiri daripada penduduk-penduduk
sekitar Bandar Baru Bangi.
UMUR
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
18 TAHUN KEBAWAH
|
12
|
12.0
|
12.0
|
12.0
|
19-25 TAHUN
|
58
|
58.0
|
58.0
|
70.0
|
|
26-30 TAHUN
|
15
|
15.0
|
15.0
|
85.0
|
|
30 TAHUN KE ATAS
|
15
|
15.0
|
15.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Dalam konteks umur, terdapat 12% atau 12 orang responden
terdiri daripada responden yang berumur 18 tahun ke bawah, 58% atau 58 orang
pula terdiri daripada 19 tahun hingga 25 tahun, manakala bagi umur 26 hingga 30
tahun dan 30 tahun ke atas masing-masing mencatat 15 orang responden atau 15%
bagi setiap peringkat umur.
JANTINA
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
LELAKI
|
33
|
33.0
|
33.0
|
33.0
|
PEREMPUAN
|
67
|
67.0
|
67.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
BANGSA
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
MELAYU
|
71
|
71.0
|
71.0
|
71.0
|
CINA
|
13
|
13.0
|
13.0
|
84.0
|
|
INDIA
|
12
|
12.0
|
12.0
|
96.0
|
|
LAIN-LAIN
|
4
|
4.0
|
4.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Merujuk jadual di atas, jumlah bangsa bagi responden yang
telah menjawab soalan selidik yang diberikan adalah sebanyak 71 orang atau 71%
bangsa Melayu. Manakala bangsa Cina 13 orang atau 13%, bangsa India 12 orang
dan bagi lain-lain bangsa seramai 4 orang atau 4%.
AGAMA
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
ISLAM
|
74
|
74.0
|
74.0
|
74.0
|
BUDDHA
|
9
|
9.0
|
9.0
|
83.0
|
|
HINDU
|
10
|
10.0
|
10.0
|
93.0
|
|
KRISTIAN
|
6
|
6.0
|
6.0
|
99.0
|
|
LAIN-LAIN
|
1
|
1.0
|
1.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Jadual di atas menunjukkan
agama responden yang terdiri daripada agama Islam, Hindu, Buddha dan lain-lain.
Responden yang beragama Islam adalah seramai 74 orang bersamaan 74%. Agama yang
kedua tertinggi ialah agama Hindu iaitu sebanyak 10% manakala Buddha sebanyak
9% atau 9 orang, Kristian 6% dan lain-lain agama hanya terdiri daripada 1%
sahaja.
KELAYAKAN_AKADEMIK
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
SPM
|
18
|
18.0
|
18.0
|
18.0
|
DIPLOMA
|
22
|
22.0
|
22.0
|
40.0
|
|
IJAZAH
|
45
|
45.0
|
45.0
|
85.0
|
|
LAIN-LAIN
|
15
|
15.0
|
15.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Berdasarkan
jadual di atas, kelayakan akademik adalah salah satu demografi yang dikaji.
Daripada 100 responden, 18 orang daripadanya berkelayakan SPM, 22 orang adalah
berkelayakan diploma, 45 orang mempunyai ijazah dan lain-lain kelayakan mencatatkan
sebanyak 15 orang seperti PMR, Master dan sebagainya.
KATEGORI_PENDAPATAN_BULANAN_SEISI_RUMAH
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
BAWAH RM1000
|
19
|
19.0
|
19.0
|
19.0
|
RM1001-RM3000
|
42
|
42.0
|
42.0
|
61.0
|
|
RM3001-RM6000
|
29
|
29.0
|
29.0
|
90.0
|
|
RM6001 KE ATAS
|
10
|
10.0
|
10.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Bagi
kategori pendapatan bulanan seisi rumah, Bagi pendapatan kurang RM1000 seramai
19 orang atau 19%, pendapatan antara RM1001 hingga RM 3000 seramai 42 orang
atau 42%, pendapatan bagi RM3000 hingga RM6000 seramai 29 orang atau 29% dan
pendapatan RM6000 ke atas adalah seramai 10 orang bersamaan 10%.
SEKTOR_PEKERJAAN
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
KERAJAAN
|
27
|
27.0
|
27.0
|
27.0
|
SWASTA
|
31
|
31.0
|
31.0
|
58.0
|
|
SENDIRI
|
26
|
26.0
|
26.0
|
84.0
|
|
LAIN-LAIN
|
16
|
16.0
|
16.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Bagi sektor
kajian pula, seramai 27 orang adalah terdiri daripada penjawat awam dan 31
orang adalah pekerja swasta. Manakala, bagi yang bekerja sendiri adalah seramai
26 orang atau 26% serta selebihnya iaitu 16 orang adalah terdiri daripada
lain-lain sektor pekerjaan.
JUMLAH_PERUNTUKKAN_PERBELANJAAN_BULANAN_UNTUK_PRODUK_
KECANTIKKAN
|
|||||
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
||
Valid
|
BAWAH RM50
|
45
|
45.0
|
45.0
|
45.0
|
RM 100-RM300
|
45
|
45.0
|
45.0
|
90.0
|
|
RM301-RM600
|
8
|
8.0
|
8.0
|
98.0
|
|
RM601 KE ATAS
|
2
|
2.0
|
2.0
|
100.0
|
|
Total
|
100
|
100.0
|
100.0
|
Bagi jumlah
peruntukkan perbelanjaan bulanan seperti yang tercatat pada jadual di atas,
dapat dilihat bahawa perbelanjaan bawah RM50 dan RM100 hingga RM300, kedua-dua
kategori tersebut mencatat jumlah yang sama yakni masing-masing mencatat
seramai 45 orang atau 45% dan bagi jumlah perbelanjaan sebanyak RM301 hingga
RM600 adalah 8 orang serta 2 orang yang membelanjakan dari RM601 dan ke atas.
BAHAGIAN B : MAKLUMAT KAJIAN
Berikut
adalah hasil analisis kajian yang dipersembahkan dalam bentuk graf.
Soalan 1: Saya sentiasa
mengikuti perkembangan terkini tentang produk kosmetik terbaharu.

Soalan 2: Testimoni yang
dikeluarkan oleh produk kosmetik baharu sering kali menarik perhatian serta
mempengaruhi saya untuk mencuba.

Soalan 3: Saya ragu untuk
mencuba produk kosmetik baharu kerana tidak yakin akan keberkesanannya.

Soalan 4: Produk kosmetik
baharu akan memberikan kesan yang baik kerana mempunyai pelbagai pembaharuan
dan formula terkini.

Soalan 5: Saya kerap membeli
produk kosmetik baharu kerana produk yang baru dipasarkan sering kali mempunyai
promosi yang menarik.

Soalan 6: Saya sering kali
mencuba produk kosmetik baharu walaupun produk tersebut masih belum terkenal.

Soalan 7: Jika terdapat
produk kosmetik baharu yang diperkenalkan oleh rakan, saya menerima produk
tersebut dengan positif tanpa memperkecilkan keberkesanannya.

Soalan 8: Saya lebih yakin
dengan produk kosmetik terdahulu kerana sudah mengetahui akan keberkesanannya.

Soalan 9: Saya hanya beli
produk kecantikan yang sentiasa muncul di kaca tv atau majalah.

Soalan 10: Saya percaya
produk kecantikan yang dijual secara dalam talian juga bermutu tinggi.

Soalan 11: Saya memilih
keberkesanan produk tanpa memikirkan iklan atau artis yang menjadi duta.

Soalan 12: Keberkesanan
produk kosmetik baharu sebenarnya tidaklah seperti yang dijanjikan.

Soalan 13: Saya sanggup
berbaris panjang dan menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk mendapatkan
produk kosmetik terbaharu.

Soalan 14: Walaupun produk
kosmetik tersebut masih baru dan tidak dikenali, saya tetap ingin mencubanya
disebabkan duta produk tersebut terdiri daripada artis terkenal.

Soalan 15: Kebanyakkan
rakan-rakan saya yang telah mencuba produk kosmetik baharu sering kali
menperolehi hasil yang tidak memuaskan.

Soalan 16: Saya tidak
peduli langsung dengan kelebihan produk baharu kerana saya tidak suka akan
pembaharuan.

Soalan 17: Saya sering
kali memandang sinis akan penjual yang cuba memasarkan produk kosmetik
terbaharu kerana saya yakin bahawa produk tersebut tidak berkesan sebagaimana
yang dikatakan oleh penjual tersebut.

5.0 PERBINCANGAN
Analisis kajian ini dibahagikan
kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama ialah tahap penerimaan masyarakat
di sekitar Bangi terhadap produk yang baharu diperkenalkan. Kedua ialah
bahagian keyakinan pengguna terhadap keberkesanan produk baharu. Seterusnya,
bahagian terakhir ialah tahap sambutan dan juga perasaan ingin mencuba
masyarakat di sekitar Bangi terhadap produk-produk baharu.
5.1.1 Tahap Penerimaan Masyarakat di Sekitar Bangi
terhadap Produk Kosmetik yang Baru Diperkenalkan
Berdasarkan hasil kajian,
majoriti masyarakat di sekitar Bangi iaitu seramai 45 orang daripada 100 orang
jumlah responden lebih yakin dengan produk kosmetik terdahulu berbanding produk
baharu. Ini menunjukkan masyarakat di sekitar Bangi kurang menerima produk
kosmetik yang baharu. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak begitu yakin
dengan produk baharu dan mereka menganggap produk baharu berpotensi membawa
kesan yang lebih buruk kepada pengguna. Masyarakat juga sering beranggapan bahawa
produk kosmetik yang terdahulu lebih berkesan berbanding produk kosmetik baharu
kerana faedah dan perubahan positif produk kosmetik terdahulu lebih jelas
keberkesanannya.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, didapati
responden tidak yakin dengan produk kosmetik
baharu berbanding produk kosmetik yang terdahulu. Jadi ini membuktikan
mereka lebih menerima dan yakin terhadap produk kosmetik yang terdahulu mungkin
disebabkan beberapa faktor. Hal ini juga adalah disebabkan produk-produk
terdahulu sudah terkenal dan tidak lagi ragu akan keberkesanannya kerana telah
dibuktikan oleh rakan-rakan yang telah memakai produk tersebut. Dengan
perolehan positif terhadap produk terdahulu maka tiada pertukaran produk dibuat
kerana lebih yakin terhadap produk terdahulu.
Hal ini dikukuhkan lagi apabila hasil kajian yang menunjukkan
bahawa seramai 43 orang responden tidak langsung memperdulikan kelebihan produk
baharu kerana mereka tidak suka akan pembaharuan. Mereka mungkin tidak mahukan
pembaharuan disebabkan mereka sudah selesa dan berpuas hati dengan produk yang
mereka gunakan. Hasil kajian juga membuktikan bahawa seramai 28 orang responden
mengatakan bahawa mereka suka akan pembaharuan manakala 29 orang responden
tidak pasti sama ada mereka suka akan pembaharuan atau tidak. Oleh itu, hal ini
telah membuktikan bahawa tahap penerimaan penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi
terhadap produk kosmetik baharu adalah rendah.
5.1.2 Keyakinan
Pengguna Terhadap Keberkesanan Produk Baharu
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, beberapa orang
responden setuju bahawa mereka meragui untuk mencuba produk kosmetik baharu
kerana tidak yakin akan keberkesanannya. Hal ini mungkin kerana mereka masih
belum melihat hasil yang positif daripada penggunaan produk kosmetik baharu tersebut.
Disebabkan itu, mereka tidak yakin dengan keberkesanannya dan meragui untuk
mencuba produk yang baru. Selain itu juga, faktor popularity sesebuah produk
juga memainkan peranan penting kerana semakin terkenal sesebuah produk iti,
semakin tinggi tahap keyakinan pengguna terhadap sesebuah produk.
Melalui kajian yang dilakukan, seramai 39 orang daripada
reponden bersetuju bahawa keberkesanan produk kosmetik baharu sebenarnya
tidaklah seperti yang dijanjikan. Keputusan ini mungkin disebabkan oleh testimoni
yang dikeluar atau dipaparkan oleh syarikat-syarikat produk kosmetik terlalu
melampau sehingga menyebabkan pengguna sukar untuk mempercayai keberkesanan
produk baharu tersebut. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengguna itu
sendiri yang tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau promosi yang dilakukan
oleh syarikat produk kosmetik. Keraguan responden terhadap produk baharu jelas
menyerlah apabila majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan memandang
sinis akan penjual yang cuba memasarkan produk kosmetik terbaharu kerana mereka
yakin bahawa produk tersebut tidak berkesan sebagaimana yang dikatakan oleh
penjual tersebut.
Maka hal ini jelas membuktikan bahawa pengguna produk kosmetik
di sekitar Bandar Baru Bangi ini tidak mudah terpengaruh dengan promosi yang
dilakukan oleh penjual alat kosmetik. Pengguna produk kosmetik di sekitar Bangi
juga sering memandang sinis terhadap penjual produk kosmetik. Oleh itu, hal ini
jelas membuktikan bahawa tahap keraguan penduduk sekitar Bandar Baru Bangi
terhadap produk kosmetik baharu adalah tinggi sekali gus menyebabkan mereka
tidak memilih untuk membeli produk kosmetik terbaharu.
5.1.3 Tahap Sambutan dan juga
Perasaan Ingin Mencuba Masyarakat Terhadap Produk Baharu
Berdasarkan hasil kajian, 59
orang daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak sanggup berbaris panjang dan menghabiskan
sejumlah wang semata-mata untuk mendapatkan produk kosmetik terbaharu. Melalui
data ini, jelaslah bahawa tahap sambutan dan perasaan ingin mencuba pengguna
alat kosmetik di sekitar Bangi amat rendah.
Ini mungkin disebabkan mereka tidak berani untuk mengambil risiko bagi
mencuba produk yang baru dikeluarkan. Mereka juga mungkin beranggapan bahawa
produk baru tersebut akan membawa kesan yang lebih buruk.
Melalui kajian ini juga, seramai 48 orang responden
bersetuju bahawa mereka sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang produk
kosmetik terbaharu. Ini mungkin disebabkan oleh promosi yang menyeluruh dan
besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat-syarikat produk kosmetik. Promosi
atau iklan yang dilakukan ini bukan sahaja di akhbar mahupun di majalah, tetapi
di kaca televisyen juga sering kali mempromosikan produk kosmetik terbaru. Ini
secara tidak langsung membolehkan pengguna produk kosmetik akan mengetahui
produk yang terbaru yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat produk kosmetik.
Di samping itu, didapati majoriti daripada responden
tidak setuju dengan kenyataan bahawa walaupun produk kosmetik tersebut masih
baru dan tidak dikenali, mereka tetap ingin mencubanya disebabkan duta produk
tersebut terdiri daripada artis terkenal. Melalui keputusan ini dapat
dirumuskan bahawa tahap sambutan dan perasaan ingin mencuba masyarakat di
sekitar Bandar Baru Bangi terhadap produk-produk baharu masih kurang. Perasaan
ingin mencuba produk baru dalam kalangan pengguna produk kosmetik di sekitar
Bandar Baru Bangi amat rendah mungkin disebabkan oleh faktor kesetiaan.
Kebanyakkan pengguna produk kosmetik tidak gemar menukar jenis ataupun jenama
produk kosmetik yang mereka gunakan. Mereka mungkin beranggap menggunakan
produk kosmetik yang terdahulu adalah lebih baik disebabkan mereka melihat
sendiri keberkesanannya dan membawa kepada kesan yang positif berbanding produk
baru yang masih tidak dapat dibuktikan keberkesanannya.
3.5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, kecantikan
adalah hak milik setiap insan walaupun ianya terlalu subjektif dan universal.
Namun selepas masalah ‘kebimbangan penampilan diri’ seperti takut dianggap
hodoh mula menjadi stigma dalam sesetengah masyarakat, produk kosmetik
dipercayai mampu mencipta kecantikan yang diingini. Tambahan lagi, lambakan
produk kosmetik di pasaran umpama cendawan tumbuh selepas hujan jelas mendorong
masyarakat untuk terus taksub membeli produk kosmetik walaupun produk tersebut
baru sahaja diperkenalkan. Senario ini jelas sekali mengundang beberapa
individu untuk mengambil kesempatan menjual produk kosmetik yang boleh
memudaratkan kesihatan pengguna seperti produk yang mengandungi bahan kimia
yang berbahaya dan tidak mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Berdasarkan kajian tentang tahap penerimaan masyarakat
terhadap produk kosmetik yang baru diperkenalkan, dapat disimpulkan bahawa
majoriti responden dalam kajian ini tidak yakin akan produk baharu. Hal ini
dapat ditunjukkan melalui analisis data kajian di mana pengguna di sekitar
Bandar Baru Bangi kurang menerima produk kosmetik yang baru diperkenalkan
kerana lebih yakin akan keberkesanan produk yang terdahulu. Pada masa yang
sama, kajian ini juga dapat membuktikan bahawa tahap sambutan terhadap produk
kosmetik yang baru diperkenalkan dalam kalangan penduduk sekitar Bandar Baru
Bangi adalah sangat rendah.
Oleh itu,
bagi meningkatkan tahap penerimaan pengguna terhadap produk kosmetik yang baru
diperkenalkan, pihak penjual haruslah menggunakan pendekatan yang lebih kreatif
dan mesra pengguna dalam merangsang minat pengguna untuk membeli produk
kosmetik yang baru sekali gus mampu bersaing dengan produk kosmetik yang sedia
ada. Walau bagaimanapun, pihak yang berwajib juga perlu memainkan peranan
dengan melakukan pemantauan yang kerap terhadap premis dan pengeluar produk
kosmetik bagi mengatasi sikap individu yang sering melanggar etika dan
undang-undang terutamanya dalam aspek keselamatan produk dan pengguna.
Seterusnya, pihak pengguna juga perlu mengawal keinginan untuk kelihatan cantik
dengan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kosmetik yang sering
dipaparkan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Pada masa yang
sama, pengguna juga boleh membuat sedikit kajian tentang sesuatu produk seperti
mencari maklumat, melakukan pembacaan dan meminta pendapat dan saranan pakar
agar produk kosmetik yang dipilih tidak memberi kesan buruk sekiranya
digunakan.
RUJUKAN
Ary, D., Jacobs,
L.C, & Razavieh, A. 1990. Introduction
to Research in Education, Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.
Ferrinadewi, E.
2008. Merek dan Psikologi Konsumen Edisi
Pertama. Yogyakarta: Graha Ilmu.
Gupta, Vandana.
2013. A Study on Consumer Perception and Brand Personality Traits for Making
Cosmetic Purchase Decisions. Journal of
Management, Volume 5, Issue 1: 1 – 22.
Kazmi, S.Q. 2012.
Consumer Perception and Buying Decisions (The Pasta Study). International Journal of Advancements in
Research & Technology, Volume 1, Issue 6, November-2012: 1 – 10.
Mohd Rizal & Thay Cheow Yin. 2007. Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan
Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia.
Rakhmat, J. 2005. Psikologi Komunikasi. Bandung:
Remaja Rosdakarya.
Sehat Kabau. 2012. Hubungan Antara Pemakaian Jenis
Kosmetik Dengan Kejadian Akne Vulgaris. Tesis Dr. Fal, Program Pendidikan
Sarjana Kedokteran Fakultas Kedokteran, Universitas Diponegoro.
Son, Dong Yeop, Lee, Eunhee, Park, Sang Mi & Lee,
Kihyun. 2012. A Study on Consumers’ Perceptions and Emotional and Behavioral
Attitudes Concerning the Usefulness of Information on All Cosmetic Ingredients
Used. Journal of Consumer Interests Annual. Volume 58, 2012: 1 – 2.
No comments:
Post a Comment