KEMAHIRAN
MENULIS ( LMCR 2243)
KECENDERUNGAN MAHASISWA MEMILIH
PRODUK MINYAK ARGAN SEBAGAI SUPLEMEN KECANTIKAN
DISEDIAKAN UNTUK : DR.
MAHARAM BINTI MAMAT
Disediakan Oleh:
Noorashida Binti Arasid
Siti Suhana Binti Nawi
Sumayyah Binti Yahaya
Norliana Atika Binti Mustafa
Nur Syafawani Binti Abdul Rahman
Muhammad Afiq Mustakim Bin Sharudin
ABSTRAK
Kertas kerja ini mendedahkan kecenderungan mahasiswa memilih produk minyak Argan
sebagai suplemen kecantikan mereka. Aspek kajian termasuk mengetahui
faktor-faktor mahasiswa memilih minyak argan sebagai suplemen kecantikan dan
mengenalpasti tarikan minyak argan terhadap mahasiswa generasi Y serta mengkaji
tahap pengetahuan mahasiswa tentang minyak argan. Kajian ini dijalankan dengan
beberapa kaedah kajian. Antaranya secara resensi perpustakaan. Kajian
dijalankan dengan merujuk buku, jurnal atau artikel berkaitan minyak Argan.
Selain itu, kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik iaitu dengan
meminta 100 orang mahasiswa yang mendiami di Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussein
Onn, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Dato’ Onn dan Kolej Ungku Omar untuk menjawab
borang soal selidik. Temubual dijalankan ke atas dua orang mahasiswa dan seorang pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
1.0 PENDAHULUAN
Darsawarsa kini nilai
kecantikan yang semakin mendapat perhatian telah menjadi satu keperluan yang
cukup sinonim bagi setiap golongan wanita zaman kini. Pasaran luas
produk-produk kecantikan dari pelbagai bahan dan jenis semakin memuncak dengan
pelbagai idea dan cara yang menarik berjaya mengikat hati golongan muda dan
tua. Keperluan terhadap kecantikan atas dasar
penjagaan kesihatan seolah-oleh tidak dapat dipisahkan dimana keuntungan
yang cukup memberansangkan dalam kalangan pengeluar produk kecantikan yang
berjuta-juta ringgit memanifestasikan bahawa kecantikan hari ini bukan saja
keutamaan bahkan kesanggupan golongan tertentu sanggup membelanjakan beribu
ringgit untuk mendapatkan wajah dan kesihatan yang baik.
Oleh itu, menjadi kemestian setiap produk yang
diperkenalkan dicipta dari bahan-bahan rahsia yang mampu memberi kesan yang
dikehendaki dan memuaskan hati pelanggan. Minyak Argan adalah salah satu bahan
termahal di dunia ialah salah satu bahan carian bagi setiap pengeluar produk
berdasarkan nilai kualiti dan kebaikannya. Walau bagaimanapun disebabkan nilai
dan punca untuk mendapatkan minyak Argan yang sedikit sukar kerana
pengeluarannya yang terhad dan boleh diperolehi
di negara Maghribi menjadikannya lebih bernilai.
Kecenderungan masyarakat Malaysia dalam mengunakan minyak
Argan semakin ketara apabila pengeluar produk kecantikan di Malaysia mula
mengunakan minyak Argan sebagai ramuan asas dalam produk yang diperkenalkan.
Masyarakat masih ada yang tidak mengetahui nilai dan manfaat yang dapat
diperolehi dari minyak Argan itu sendiri. Namun, pendedahan melalui
produk-produk kecantikan yang mengunakan minyak argan telah membuka minat dan
pengetahuan terhadap kelebihannya.
Penggunaan minyak Argan bukan sahaja akan memberikan
manfaat namun nilai kesihatan yang terbukti dari kajian saintifik akan membuka
satu lagi saluran terhadap bahan rahsia yang boleh dipasarkan dan digunakan,
umumnya oleh rakyat Malaysia. Kebaikan dan mutu kualiti minyak Argan akan dapat
membuka minda masyarakat akan rahsia kecantikan didalamnya.
2.0 LATAR BELAKANG
KAJIAN
Sepertimana yang kita ketahui, kecantikan itu
sendiri merupakan binaan sosial seseorang. Perkembangan sosial abad ini
menuntut kepada setiap mahasiswa untuk sentiasa berketrampilan yang mantap dari
pelbagai sudut. Peragaan pemakaian dan kecantikan semulajadi yang dianugerahkan
Pencipta kepada makhluk-Nya juga perlu dititikberatkan. Oleh sebab itu, banyak
syarikat atau individu yang berlumba-lumba merebut peluang ini untuk meraih
keuntungan dengan mencipta dan berinovasi dalam penyediaan pelbagai jenis
produk kecantikan dan penjagaan diri.
Berdasarkan Dewan Masyarakat Mac 2012, “pada 2011, sambutan terhadap
produk kecantikan amat memberangsangkan apabila kehadiran pengunjung dicatatkan
lebih daripada 20 ribu orang sepanjang Beauty 11 Expo berlangsung. Selain itu,
bilangan syarikat yang mengambil bahagian juga meningkat kepada 50 peratus
berbanding dengan 2010. Maklum balas yang diterima daripada peserta pameran
juga menunjukkan pertumbuhan pasaran dan industri kecantikan di Malaysia
semakin meningkat”. Dalam peningkatan ini, lambakan produk-produk kecantikan
yang mengandungi bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan diri. Seorang
pakar kulit iaitu Dr. Anita berkata “Pemakaian kosmetik yang berlebihan tidak
menampakkan keaslian wajah seseorang. Selain itu, pemilihan produk kecantikan
juga perlu dititikberatkan kerana khuatir dengan kandungan kimia yang boleh
merosakkan kulit.
Sejak
kebelakangan ini, terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan
dan penjagaan diri berasaskan bahan organik atau yang mempunyai nilai tambah
seperti halal dan produk mesra alam. Hal ini kerana, mahasiswa telah mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang kecantikan di samping sihat dan patuh syariah.
Antara produk kecantikan di pasaran yang berasaskan bahan organik ialah Herbal
Hut Argan Oil. Minyak argan berasal berasal dari pokok argan iaitu pokok tertua
di dunia. Pokok ini hanya tumbuh di Barat daya Morocco. Minyak Argan dihasilkan
daripada pemprosesan biji buah argan. Minyak Argan juga dikenali dengan cecair
emas. Minyak Argan ialah minyak semulajadi yang termahal di dunia kerana
khasiatnya untuk kecantikan dan awet muda lebih berkesan. Minyak argan ini telah lama
diketahui khasiatnya dalam kalangan penduduk di Negara Morocco. Sekarang, pokok
Argan merupakan salah satu pokok yang dilindungi oleh UNESCO kerana dikhuatiri
akan kepupusannya. Minyak Argan mengandungi bahan anti-oksidan dan vitamin E
yang sangat tinggi yang menjadikannya sangat berkhasiat terutamanya bagi
anti-penuaan, mengurangkan kulit berkedut, mengubati pelbagai penyakit kulit
seperti eczema, kurap, jerawat, kulit kering dan sebagainya di samping
mengubati dan menghalang kelemumur dan rambut gugur. Oleh itu, pelbagai faktor
mahasiswa cenderung untuk memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan
mereka.
Rajah
1 dalam halaman 11, menunjukkan pengetahuan mahasiswa tentang minyak Argan.
Secara keseluruhannya, majoriti mahasiswa menjawab jawapan positif dalam setiap
soalan yang diajukan. Hal ini menunjukkan ramai dalam kalangan mahasiswa telah
mengetahui tentang kewujudan minyak argan walaupun masih ada sebahagian
daripada mereka tidak mengetahui tentang minyak argan.
Rajah
2 dalam halaman 13, menunjukkan
faktor-faktor mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan.
Berdasarkan data yang diperoleh secara keseluruhan menggambarkan bahawa faktor
yang mendorong mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan
adalah berdasarkan sejauhmana mereka mengetahui tentang kewujudan minyak Argan
dan kebaikan-kebaikan yang mereka dapat daripada minyak argan dalam konteks
kecantikan. Selain itu, kesedaran mahasiswa dan orang di sekeliling mereka
tentang penelitian kualiti sesuatu produk sebelum memilih sebagai suplemen
kecantikan mereka.
Rajah
3 dalam halaman 15, menggambarkan keistimewaan dan tarikan minyak argan. Secara
keseluruhan, majoriti mahasiswa mengetahui dan mengakui bahawa keistimewaan
minyak Argan dalam menjaga kecantikan kulit, kuku dan rambut berdasarkan
kandungan minyak argan itu sendiri yang kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk
kecantikan.
Oleh
itu, majoriti mahasiswa iaitu seramai 70 orang daripada responden yang
menyatakan pendapat bahawa mereka bersetuju dengan pemilihan minyak Argan
sebagai suplemen kecantikan. Hal ini disebabkan minyak argan mengandungi
pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan diri. Terdapat minoriti
responden iaitu seramai 30 orang mahasiswa menyatakan tidak bersetuju dalam
pemilihan minyak Argan sebagai suplemen kecantikan yang beralasankan bahawa
harga minyak Argan terlalu mahal menyebabkan mahasiswa yang tiada pendapat
tetap sendiri tidak mampu memilikinya sentiasa dalam kehidupan mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian penyelidikan ini merupakan kajian yang dijalankan
untuk merungkai beberapa penyataan masalah yang timbul sebelum kajian
dijalankan. Secara terperinci kajian penyelidikan ini mempunyai objektif
seperti berikut :
1.
Untuk mengetahui
faktor-faktor mereka memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan.
2.
Untuk mengenalpasti
tarikan minyak Argan terhadap mahasiswa generasi Y.
3.
Untuk mengkaji tahap pengetahuan
mahasiswa tentang minyak Argan.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang akan digunakan bagi menjawab
objektif kajian adalah :
1.
Apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi mahasiswa dalam memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan?
2.
Apakah keistimewaan dan
tarikan minyak Argan?
3.
Adakah mahasiswa sedar
akan kewujudan produk berasaskan minyak Argan?
5.0 LIMITASI
KAJIAN
Kajian ini akan dilakukan kepada 100 orang mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang mendiami Kolej Keris Mas, Kolej
Tun Hussien Onn, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ungku Omar yang terdiri
daripada 50 orang siswi dan 50 orang siswa. Responden yang dipilih adalah tidak
terhad kepada sebarang jurusan. Pengumpulan data pula adalah dengan menggunakan
borang soal selidik dan akan dibentangkan dalam bentuk jadual serta kekerapan
tema.
6.0 METODOLOGI
KAJIAN
6.1 Reka Bentuk
Kajian
Kajian ini adalah melalui
kaedah kualitatif berdasarkan perolehan data mengunakan soal selidik dan kajian
kepustakaan. Instrumen kajian ini pula adalah melalui analisis-analisis bahan
bertulis dan dokumen responden melibatkan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia di kawasan kajian.
6.2 Kaedah
Pengumpulan Data
Kajian ini memerlukan beberapa
maklumat, justeru pengumpulan data akan melalui carian bahan dalam bentuk buku,
jurnal, artikel di Perputakaan Tun Sri Lanang. Malah, kami juga akan
menggunakan sumber internet daripada sumber yan sahih untuk mendapat data
kajian lepas untuk panduan kami bagi mendapatkan maklumat bagi tujuan
pengumpulan data.
Dapatan Kajian ini akan dilakukan dengan kaedah soal selidik kepada 100 orang
mahasiswa UKM Bangi yang mendiami Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej
Burhanuddin Helmi dan Kolej Dato Onn. Responden yang dipilih adalah tidak
terhad kepada sebarang jurusan. Pengumpulan data pula adalah dengan menggunakan
borang soal selidik dan akan dibentangkan dalam bentuk jadual serta kekerapan
tema
6.3 Kaedah
Analisis data
Kaedah analisis data akan
diperolehi melalui hasil purata yang didapati dari soal selidik. Jumlah soalan
terbahagi kepada 4 bahagian dan setiap bahagian terdapat beberapa soalan
mengikut ketetapan yang ditentukan. Analisis ini akan dikira bagi mendapatkan
purata peratusan bagi setiap persoalan yang dibuat melalui soal selidik.
Analsis ini akan berpandukan peratus
yang didapati dari hasil kajian yang dilakukan terhadap 100 responden sahaja.
7.0 KAJIAN LEPAS
Industri kecantikan di Malaysia kini semakin pesat membangun kerana
masyarakat sangat mengutamakan kecantikan. Pelbagai Syarikat dari pelbagai
negara datang ke Malaysia membawa pelbagai produk kecantikan spa dan kosmetik
untuk diniagakan. Penggunaan minyak Argan sebagai salah satu bahan kecantikan
mula diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pendedahan awal terhadap
manfaat minyak Argan ini telah membuka minda masyarakat terhadap manfaat
pengunaan minyak Argan.
Secretleaf
International Sdn Bhd adalah syarikat pertama membawa masuk Argan, iaitu
‘minyak yang boleh dimakan paling mahal di dunia. Antara produknya ialah Pure
Oil Series 01 (POS01) dengan 100 peratus minyak argan asli memberi manfaat
kepada pengguna di negara ini.
Kajian mengenai
Argan mengakui, minyak itu membantu menyerlah rahsia
kecantikan dan kesihatan wanita, Minyak argan kaya dengan Omega 3, 6 dan 9,
Vitamin E dan A serta antioksida yang baik untuk antipenuaan. Bahkan kaum
lelaki yang meminum 25ml minyak Argan setiap hari dapat merendahkan kandungan
kolesterol buruk dan menaikkan tahap kolesterol baik dan Vitamin E ( Zoubida
Charrouf 2011).
Walau
bagaimanapun, di Malaysia masih tidak terdedah dengan maklumat berkaitan minyak
Argan secara meluas. Hal ini kerana terdapat penggunaan yang meluas atas pelbagai
jenis herba dan tumbuhan yang mempunyai khasiat yang tinggi juga terdapat di
Asia umumnya. Oleh itu pengunaan minyak Argan dalam kalangan rakyat Malaysia
masih terlalu sedikit atas faktor kurangnya pengetahuan dan banyaknya pengunaan
tumbuhan herba yang turut mempunyai kualiti yang tinggi.
Minyak ini
dipercayai menyubur, melindungi dan melembapkan epidermis - lapisan kulit yang
paling luar serta membantu menentang tanda-tanda penuaan. Ini kerana minyak Argan kaya dengan khasiat asid lemak tidak tepu seperti Omega
6 dan 9, vitamin E yang jauh lebih padat daripada minyak zaitun dan sejenis
bahan antioksidan, polyphenol. Asid lemak tidak tepu dikatakan penting untuk
badan. Omega 9 dipercayai boleh membantu mengekalkan keelastikan kulit
sementara Omega 6 pula melembapkannya. Vitamin E dan polyphenol adalah
antioksidan berkuasa yang dipercayai boleh menolong menentang radikal bebas
yang boleh mengakibatkan penuaan kulit pramasa serta merangsang pembaharuan sel
kulit (Le Petit Olivier.2011)
Khasiat
seperti vitamin E, asid lemak yang penting dan bahan antioksidan mungkin tidak
mampu meresap ke dermis iaitu lapisan kulit di bawah epidermis yang terdiri
daripada tisu penghubung, salur darah dan lemak untuk memberikan kesan.
Sebaliknya, ia hanya kekal pada permukaan kulit sahaja (Dr Derrick Aw.2011). Minyak
Argan juga adalah sejenis minyak jenis ringan dan sesuai untuk dicampurkan
dalam bahan kosmetik (Zoe D. Draelos. 2011)
Berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh Nadim A. Shaath, Phd dalam kajian beliau berkaitan
minyak Argan: Ramuan yang Ajaib. Menyatakan dengan jelas bahawa:
Minyak
Argan dijual di Maghribi sebagai barang mewah dan meningkatkan faedah kepada
syarikat-syarikat kosmetik di Eropah. Minyak ini kini banyak terdapat di
kedai-kedai khas dan kadang-kadang di pasar raya. Minyak Argan adalah ekstrak
dari biji pokok Argan (Argania spinosa) dan bernilai untuk pemakanan yang,
kosmetik, dan banyak hubungan perubatan. Kepekatan yang tinggi asid lemak tak
tepu membuat minyak argan sekutu yang kuat dalam memerangi kolesterol dan
artherosclerosis.
Pada
tahun 2004 Satu kajian mendapati bahawa tikus yang diberi makan diet yang
mengandungi minyak argan mempunyai tekanan darah lebih rendah mungkin
disebabkan oleh sifat-sifat minyak Argan
yang antioksida dalam komponennya. Terdapat banyak komponen minyak argan juga
penting dalam penyembuhan dan / atau menghalang degenerasi. Karotenoid minyak
Argan dan tosterols juga agen anti-radang, dengan karotenoid menunjukkan kesan
anti-artritis. Penggunaan minyak argan pada kulit muka mempunyai tradisi yang
panjang di utara Afrika. Sifat minyak Argan yang kering mampu meningkatkan
keanjalan kulit. Argan mampu menghidrat minyak rambut dengan membentuk lapisan
tidak mengewap sekitar rambut. Lapisan ini akan mengekalkan kelembapan sehingga
ia dibasuh keluar, menjadikannya pelembap yang sangat kuat dan tahan lama.
Kelembapan dikekalkan dalam perhimpunan rambut mampu memberikan rambut cahaya
yang menarik dan sihat, memberikan bersinar, kelancaran dan rambut ikal kawalan
segera dan juga membantu menguatkan batang rambut dengan menggalakkan
keanjalan, dengan itu menghalang sebarang bentuk kerapuhan rambut daripada
berlaku. Meterai minyak Argan juga membantu melindungi kutikula rambut daripada
kerosakan yang disebabkan oleh produk yang keras serta haba berlebihan dari
seterika gaya dan alam sekitar. Selain itu, rambut yang rosak boleh dibaiki
oleh jika harian mengunakan minyak argan, kerana vitamin yang pelbagai dan
mineral di dalamnya adalah sangat berkesan dalam merancakkan semula rambut.
Molekul dalam minyak Argan Maghribi adalah cukup kecil
untuk menembusi korteks rambut. Oleh itu, sambil minyak memberikan rambut rupa
bersinar, ia juga membantu menyegarkan dan melembapkan dari dalam batang
rambut. Ia dipenuhi dengan antioksidan dan vitamin E dan F yang rambut dan
kulit yang direka untuk menyerap elemen-elemen. Tambahan pula, orang yang
mengalami keguguran rambut secara semula jadi boleh mencegahnya dengan
menggunakan minyak argan, kerana ia boleh membantu memanjangkan hayat rambut dan
merangsang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan pengeluaran keratin, protein
rambut penting. Perkara yang sama kualiti emolien dan berkhasiat yang membuat
minyak Argan rawatan rambut yang sangat baik juga menjadikannya suatu regimen
yang sangat baik untuk merawat kuku rapuh.
Minyak
Argan mengandungi banyak komponen yang jelas mempunyai manfaat kesihatan yang
ketara. Antara ciri-ciri yang lebih luar biasa adalah kuantiti yang banyak tokoferol
dan phytosterols argan (schottenol dan spinasterol, yang, seperti yang
dinyatakan sebelum ini, jarang dijumpai di dalam produk tumbuhan) berbanding dengan
minyak tumbuhan yang lain. A banyak besar komponennya mempunyai antioksidan,
sifat radikal iaitu, anti rokok. Minyak Argan telah terbukti memberi kesan
positif kesihatan kardiovaskular, penyembuhan luka, dan kencing manis. Ia juga
telah Bekas hibited anti-radang, antiseptik, dan anti-penuaan.
Memandangkan
antioksidan emolien dan photoprotective cemerlang komponen minyak Argan dan
memudahkan penyerapan transcutaneous komponen ini, minyak argan adalah ent
ingredi- yang sangat baik untuk penjagaan matahari, terutama untuk perlindungan
dari inframerah (IRA) sinar, dan juga untuk kulit dan penjagaan rambut aplikasi
kosmetik.
[Sila tulis dapatan ini dalam bentuk penulisan
literatur, bukannya bentuk sebegini]
Dapatan kedua dari kajian yang dilakukan oleh lima orang
pengkaji dari Universiti Sherbooke Canada berkaitan minyak Argan : membei
manfaat kepada penyakit kardiovaskular
Penemuan utama yanag diperolehi daripada minyak Argan dan kesan baik
sebagai Hypolipemiant, hypotesif dan aktivti antioksidan. Malah kesan
perlindungan minyak Argan boleh dikaitkan dengan komposisi kimia yang menarik.
Bukti bukti kajian, pemerhatain eksperimen dan ujian intervensi menunjukkan
bahawa penggunaan minyak Arganboleh mengurangkan risiko kardiovaskular dengan
pelbagai mekanisme logic bio termasuk kesan ke atas tekanan darah, profil lipid
plasma dan status antioksidan. [Sila
tulis dapatan ini dalam bentuk penulisan literatur, bukannya bentuk sebegini]
Berdasarkn kajian yang
dilakukan jelas menunjukkan bahawa kebaikan minyak Argan jelas terbukti dengan pelbagai kajian dan
bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa minyak Argan sangat membawa manfaat
bukan hanya pada sudut kecantikan namun bagi mengatasi penyakit.
8.0 DAPATAN KAJIAN
Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia yang menginap di lima buah kolej iaitu Kolej
Keris Mas, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanudin Helmi dan
Kolej Dato’ Onn. Borang ini diedarkan kepada semua mahasiswa wanita mahupun
lelaki tanpa mengikut pangkat umur dan bangsa. Hal ini adalah membuktikan
bahawa penggunaan minyak Argan turut dikenali oleh mahasiswa lelaki. Seramai 24
mahasiswa dan 76 mahasiswi telah memberi kerjasama dalam menjawab borang soal
selidik ini.
Demografi Responden
Berdasarkan kepada 100 orang mahasiswa ini, seramai 52 orang mahasiswa
terdiri daripada dalam kalangan umur 21-25 tahun, diikuti 40 orang dalam
lingkungan bawah 20 tahun dan 8 orang orang terdiri daripada umur dalam
lingkungan 26-30 tahun. Hampir keseluruhan menganut agama Islam dengan jumlah
95% atau 95 orang mahasiswa. Manakala agama Buddha sebanyak 4% dan Kristian
dengan jumlah yang paling sedikit iaitu 1% sahaja. Bangsa yang memiliki jumlah
yang tertinggi ialah sebanyak 95%, Cina 4% dan bumiputera 2%. Responden yang
diberikan borang soal selidik ini, rata-ratanya menginap di lima kolej yang
menjadi fokus dalam kajian kami. Jumlah responden yang menetap di Kolej
Burhanudin Helmi ialah sebanyak 34% bersamaan dengan 34 orang mahasiswa, Kolej
Keris Mas 17%, Kolej Ungku Omar 17% serta Kolej Tun Hussien Onn dan Kolej Dato
’Onn dengan jumlah 16%. Seterusnya
fakulti yang mewakili mahasiswa-mahasiswa ini ialah Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan dengan jumlah 29%, Fakulti Sains dan Teknologi mempunyai jumlah
sebanyak 23%, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 20%, Fakulti Pengajian Islam 17%,
Fakulti Kejuruteraan Alam Bina 10% dan Fakulti Teknologi Sains Matematik dengan
jumlah 1%. Tahun pengajian pula telah melibatkan tahun pengajian satu hingga
tahun empat. Tahun dua mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 42%,
diikuti tahun satu 41%, tahun tiga 16% dan tahun empat sebanyak 1%.
8.1 Pengetahuan Mahasiswa tentang Minyak
Argan

Rajah 1
Rajah 1 menerangkan mengenai pengetahuan mahasiswa
mengenai minyak Argan herbahut. Secara keseluruhannya, dalam bahagian ini menerangkan
mengenai kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam minyak Argan. Berdasarkan
data yang telah diperoleh, merujuk kepada soalan 1 dalam bahagian B iaitu
‘minyak Argan merupakan minyak yang menjaga kesihatan kulit, rambut dan kuku’.
Mahasiswa telah memberi respon iaitu sebanyak 29% memilih tidak pasti, 47%
memilih setuju dan 24% memilih sangat setuju. Berdasarkan rekod yang telah
diperoleh telah membuktikan bahawa seramai 71 mahasiswa telah mengetahui
mengenai khasiat yang terdapat dalam minyak Argan ini. Manakala yang menjawab
tidak pasti, berkemungkinan sebelum ini mereka tiada pendedahan lagi mengenai minyak
ini.
Soalan kedua pula bertanyakan mengenai ‘minyak Argan
memberi kesan yang positif kepada kesihatan diri’. Berdasarkan soalan tersebut,
sebanyak 42% atau 42 orang mahasiswa menjawab tidak pasti, 40% setuju dan 18%
sangat setuju. Minyak Argan diperbuat daripada 100% bahan organik dan kaya
dengan vitamin E. Dengan ini sudah semestinya minyak Argan baik untuk
kesihatan. Bagi mahasiswa yang menjawab tidak pasti, mereka masih belum
mengenali minyak argan ini.
Soalan ketiga pula mengenai ‘minyak Argan digelar ‘minyak
emas’ di Morocco’. Jumlah yang telah direkodkan dalam jadual diatas ialah
sebanyak 4% tidak setuju, 35% tidak pasti, 44% setuju dan 17% sangat setuju.
Minyak Argan berasal dari Morocco dan sememangnya digelar ‘minyak emas’ di
Morocco kerana khasiatnya sebagai pelembab kulit dan turut menyembuhkan masalah
kulit. Minyak ini sudah terkenal sejak tahun 1550SM lagi. Tambahan pula, minyak
Argan mengandungi vitamin E sebanyak 200% lebih banyak berbanding minyak
zaitun.
Soalan keempat iaitu, ‘minyak ini membantu untuk
memudarkan jeragat, parut dan selulit serta menaikkan seri wajah’. Berdasarkan
rajah 1, sebanyak 4% direkodkan dalam kategori tidak setuju, 35% tidak pasti,
44% setuju dan 17% sangat setuju. Minyak Argan sememangnya baik untuk kulit. Hal
ini kerana, menurut maklum balas daripada pengguna minyak Argan sebelum ini ada
mengatakan bahawa sebelum dia memakai minyak Argan ini, mukanya kelihatan pucat
dan lesu apabila bangun daripada tidur, tetapi selepas memakai minyak Argan,
mukanya kelihatan berseri walaupun dalam keadaan baru bangun dari tidur. Dengan
ini telah membuktikan minyak Argan mampu menaikkan seri wajah kepada setiap
penggunanya.
Soalan kelima mengenai ‘produk ini dijangka akan mendapat
sambutan yang menggalakkan oleh mahasiswa’. Merujuk kepada jumlah yang telah
direkodkan dalam rajah 1 diatas, sebanyak 3% dalam kategori tidak setuju, 45%
tidak pasti, 40% setuju dan 12% sangat setuju. separuh daripada mahasiswa yang
menjawab borang soal selidik ini, memberi jawapan yang positif. Perkara ini
berkait dengan khasiat dan kandungan yang terdapat dalam minyak Argan ini. Jika
kesannya baik terhadap pengguna, jadi tidak mustahil mahasiswa akan memilih
minyak Argan ini sebagai suplemen kecantikan dan kesihatan mereka.
8.2 Faktor-faktor
Mahasiswa Memilih Minyak Argan sebagai Suplemen Kecantikan.

Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan jumlah peratus yang direkodkan
mengenai faktor-faktor mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen
kecantikan. Berdasarkan soalan satu mengenai ‘minyak ini sesuai digunakan oleh
mahasiswa kerana harganya mampu milik iaitu dengan jumlah RM48.00. Berdasarkan
pernyataan berikut, jumlah rekod yang tertinggi ialah 41% dalam kategori setuju
diikuti 35% tidak pasti, 15% tidak setuju, 6% sangat setuju dan 3% sangat tidak
setuju. Merujuk kepada jumlah tersebut, dapat dilihat hampir separuh mahasiswa
bersetuju dengan harga minyak Argan yang dikelaskan sebagai harga mampu milik
oleh seorang mahasiswa. Sebotol minyak Argan ini juga, mampu bertahan selama
dua bulan, bergantung kepada penggunaannya. Jadi, dengan harga serendah RM48
ini sangat berbaloi untuk dimilik dalam golongan mahasiswa untuk dalam tempoh
dua bulan.
Soalan kedua pula mengenai ‘minyak ini sesuai digunakan
oleh semua jenis kulit mahasiswa di universiti’. Jumlah yang paling tinggi
direkodkan ialah kategori setuju iaitu sebanyak 42%, diikuti kategori tidak
pasti dengan jumlah 41%, 9% sangat setuju, 7% tidak setuju dan 1% sangat tidak
setuju. Berdasarkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 42 orang mahasiswa
telah memilih setuju. Terdapat pelbagai jenis kulit yang dialami oleh mahasiswa
universiti, antaranya ialah kulit berminyak, kulit kering, berjerawat dan
pelbagai lagi. Dengan ini, penggunaan minyak Argan yang kecil tetapi mempunyai
khasiat yang besar iaitu vitamin E yang tinggi mampu mengubati pelbagai jenis
kulit mahasiswa di universiti ini.
Merujuk kepada soalan 3 yang berbunyi ‘produk ini mudah
didapati di kedai-kedai dan di Instagram
mahupun Facebook’. Jumlah yang paling
rendah direkodkan dalam kategori sangat tidak setujuk dengan jumlah 4% diikuti
yang rendah dalam kategori sangat setuju dengan jumlah 7%, 10% tidak setuju,
37% setuju dan catatan yang paling tinggi ialah dalam kategori tidak pasti
dengan jumlah 42%. Hal ini kerana, berkemungkinan mahasiswa kurang mendapat
pendedahan dan tidak menjumpai laman sosial yang khusus mengenai minyak Argan
ini. Tambahan pula, minyak Argan ini, sememnagnya sukar didapati di kedai-kedai
biasa diluar. Minyak Argan ini hanya boleh didapati melalui pengedarnya sahaja.
Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan peniruan daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, minyak Argan ini mempunyai laman sosial
yang Official di Facebook dan Instagram,
dan ini memudahkan penggunanya membeli minyak ini.
Berdasarkan soalan keempat iaitu ‘ibu bapa mengesyorkan
produk ini sebagai suplemen kecantikan’, jumlah yang direkodkan majoriti
memilih tidak setuju iaitu sebanyak 41% diikuti 37% tidak setuju, 17% setuju
dan 5% memilih setuju. Sebanyak 41% bersamaan dengan 41 orang mahasiswa memilih
tidak setuju kerana ibu bapa tidak mendapat pendedahan mengenai minyak Argan
dan berkemungkinan ibu bapa kurang mempercayai produk yang berasal dari luar
negara. Hal ini kerana, ibu bapa khuatir jika produk dari luar negara ini
mengandungi bahan kimia yang tinggi atau turut mengandungi barangan yang haram
dari sisi Islam. Dengan ini telah membuktikan bahawa ibu bapa tidak akan
mengesyorkan produk Argan ini sebagai suplemen kecantikan kepada anak mereka. Namun,
jika ibu bapa sudah mengetahui kandungan dan khasiat minyak ini, sudah pasti
ibu bapa membelikan minyak Argan ini untuk anak-anak mereka.
Soalan kelima iaitu ‘saya memilih produk ini bukan kerana
produk ini popular, tetapi berasaskan kualitinya yang tinggi’. Berdasarkan
soalan tersebut, kategori tidak pasti telah direkodkan sebagai jumlah yang
tertinggi iaitu berjumlah 39%, manakala 34% setuju, 15% sangat setuju, 11%
tidak setuju dan 1% yang paling rendah dalam kategori sangat tidak setuju. 39
orang mahasiswa memilih tidak pasti kerana, mahasiswa tersebut berkemungkinan
tidak mengikut perkembangan minyak Argan ini. Minyak Argan ini sudah popular
diserata dunia termasuk Malaysia, tetapi masih belum popular sebagaimana
produk-produk kecantikan yang lain seperti Qu Puteh.
8.3 Keistimewaan dan Tarikan Minyak Argan

Rajah 3
Rajah 3 pula merekodkan peratusan mengenai keistimewaan
dan tarikan minyak Argan. Berdasarkan jadual tersebut, lima persoalan telah
dinyatakan dalam bahagian D ini. Persoalan atau pernyataan yang pertama ialah
‘kawalan pengeluaran sebum dan jerawat’. Merujuk kepada soalan tersebut, jumlah
yang tertinggi dicatatkan dalam kategori setuju iaitu sebanyak 45%, diikuti 40%
dalam kategori tidak pasti, 13% sangat setuju dan 2% tidak setuju. Jelas
membuktikan bahawa mahasiswa bersetuju dan mengakui dengan khasiat minyak Argan
yang mampu untuk mengawal sebum dan jerawat. Malah, minyak ini juga mampu
menghilangkan jerawat yang timbul di wajah.
Soalan kedua dalam bahagian D ini ialah ‘membantu merawat
eczema dan psoriasis’. Soalan kedua ini telah mencatat rekod yang tertinggi
dalam kategori tidak pasti iaitu sebanyak 48%, diikuti 44% setuju, 7% sangat
setuju dan 1% tidak setuju. Seramai 48 mahasiswa memilih jawapan tidak pasti
kerana berkemungkinan mahasiswa tidak mengetahui bahawasanya minyak Argan ini
juga mampu merawat eczema dan psoriasis. Secara amnya, minyak Argan kaya dengan
anti oksida, vitamin A dan D yang mampu memberi kesan sebagai moisturizer
kepada kulit. Jadi tidak mustahil minyak Argan ini mampu mengubati pelbagai masalah
kulit termasuk eczema, psoriasis, merawat parut, kulit mengelupas, kulit
menggerutu dan kesan resdung.
Merujuk soalan ketiga iaitu ‘mendapatkan rona yang
sekata’, kategori setuju telah memperoleh jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak
54%, seterusnya 31% dalam kategori tidak pasti, 12% sangat setuju dan 3% tidak
setuju. Dengan ini, jelas membuktikan bahawa minyak Argan bukan sahaja dapat
mengekekalkan keremajaan kulit, malah dapat megembalikan atau menghasilkan rona
wajah yang sekata. Dalam masa yang sama, minyak Argan dapat memulihkan kulit
yang sunburn.
Seterusnya soalan 4 mengenai minyak Argan ‘dapat
melembabkan wajah yang seimbang’. Berdasarkan pernyataan berikut, 53% telah
direkodkan sebagai setuju, 31% tidak pasti, 11% sangat setuju dan 2% tidak setuju.
Seramai 53 orang mahasiswa turut bersetuju dengan kenyataan mengenai minyak
Argan mampu melembabkan wajah serta minyak Argan ini juga mampu meghilangkan
kesan atau bekas jerawat pada wajah. Dengan ini, wajah akan kelihatan berseri
dengan kelembapan kulit dan kulit yang licin serta flawless.
Persoalan yang terakhir dalam bahagian D ialah mengenai
minyak Argan dapat ‘mencantikkan dan menguatkan kuku serta rambut’. Kategori
setuju telah mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 50%, diikuti
33% dalam kategori tidak pasti, 15% sangat setuju dan yang paling rendah 2%
dalam kategori tidak setuju. Dengan ini jelas menunjukkan majoriti mahasiswa
mengakui bahawa minyak Argan ini mampu menguatkan dan mencatikkan kuku serta
rambut. Minyak Argan ini digelar minyak all
in one kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk pengguna yang hanya boleh
didapati dalam sebotol kecil sahaja. Kandungan minyak Argan yang mempunyai ejen
anti-oxidant mampu menjadikan rambut
lebih lembut, tidak kusut, menguatkan akar rambut, mengubati masalah rambut
gugur dan dapat merawat kulit kepala yang kering. Perkara ini telah membuktikan
bahawa minyak Argan ini merupakan minyak yang serbaguna yang boleh mencatikkan
wajah serta menjaga kesihatan seseorang pengguna
8.4 Pendapat
Mahasiswa mengenai Minyak Argan sebagai Suplemen

Rajah 4
Rajah 4 menerangkan mengenai pendapat mahasiswa mengenai
minyak Argan dimana persoalannya berbunyi ‘adakah anda bersetuju dengan
pemilihan minyak Argan sebagai satu suplemen kecantikan untuk mahasiswa?’.
Seramai 70 orang mahasiswa atau 70% bersetuju jika minyak Argan ini dipilih
menjadi salah satu suplemen kecantikan buat mahasiswa. Manakala seramai 30
orang mahasiswa atau 30% tidak bersetuju dengan pernyataan berikut. Berdasarkan
ulasan yang diberikan oleh responden, majoriti mengatakan bahawa minyak Argan
ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kecantikkan dan kesihatan diri. Oleh
itu, dengan kesibukkan seorang mahasiswa dalam menguruskan pembelajaran, mereka
masih lagi berpeluang menjaga kecantikkan diri. Mahasiswa tidak perlu lagi
mengambil pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan diri dari segi kulit,
wajah, rambut dan kuku, kerana dengan sebotol kecil minyak Argan mampu
mencatikkan seluruh badan.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir mahasiswa yang
tidak bersetuju dengan pengambilan minyak Argan sebagai satu suplemen
kecantikkan diri. Merujuk kepada ulasan mereka, mereka mengatakan minyak Argan
ini terlalu mahal untuk dimiliki oleh seseorang mahasiswa. Sememangnya mahal
untuk satu botol yang kecil, tetapi penggunaannya amat menjimatkan kerana mampu
bertahan selama 2 bulan dan khasiatnya tidak memfokuskan kepada satu bahagian
kecantikkan malah keseluruh badan boleh menggunakan minyak Argan ini. Sementara
itu, terdapat juga ulasan komentar yang diberikan iaitu mereka mengatakan ramai
mahasiswa yang menggunakan suplemen yang terkenal sahaja seperti K-Colly, BVR
dan banyak lagi yang telah tersiar di dada-dada akhbar dan kaca televisyen.
Perkara ini berlaku kerana, minyak Argan ini tidak terjual disebarangan kedai,
ia hanya boleh didapati melalui pengedarnya sahaja. Hal ini kerana, untuk
mengelakkan peniruan daripada pihak lain. Minyak Argan ini, sudah terkenal di
Morocco dan serata dunia. Jadi tidak hairanlah, jika pihak yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan untuk mengklonkan minyak Argan ini.
9.0
PERBINCANGAN
Majoroti Mahasiswa UKM bersetuju bahawa jika minyak Argan
herbalhut ini dipilih menjadi salah satu suplemen kecantikan mereka. Jumlah mahasiswi
yang bersetuju memilih minyak Argan ini sebagai suplemen mereka adalah 68 orang
iaitu 68%, manakala bagi mahasiswa pula hanya 32 orang yang mewakili hanya 32%
daripada keseluruhan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar bilangan
mahasiswi yang bersetuju bahawa minyak Argan ini dipilih sebagai suplemen
kecantikan mereka berbanding dengan mahasiswa. Hal ini kerana hanya mahasiswi
yang mementingkan kekemasan diri, menjaga kesihatan tubuh badan serta mempunyai
keinginan untuk kelihatan cantik dengan menggunakan produk kecantikan yang
semakin membanjiri pasaran online berbanding mahasiswa cetek pengetahuan
mengenai produk kecantikan.
Terdapat tiga faktor yang dicadangkan oleh pengkaji iaitu
faktor obses cantik, kualiti produk dan harga mampu milik. Antara faktor
terbesar yang menjadi penyumbang utama adalah kerana mahasiswa mengikut
perkembangan pasaran produk kecantikan di laman-laman sosial terutamanya
mahasiswi. Kebanyakan mahasiswa bersetuju bahawa produk argan oil herbalhut ini telah diperkenalkan
melalui Facebook dan Instagram. Mahasiswa juga bersetuju bahawa ibubapa mereka
juga telah mengesyorkan produk minyak Argan ini kepada mereka. Selain itu,
aktiviti harian di fakulti dan kolej amat mempengaruhi mereka untuk memilih
minyak Argan sebagai produk kecantikan. Hal ini didapati mahasiswa menghabiskan
waktu mereka dengan pelbagai aktiviti luar yang dapat menjejaskan tona warna
kulit dari cerah kepada gelap. Masalah ini menjadi masalah utama bagi mereka
dalam menjaga kecantikan diri. Lantas tidak hairanlah jika mahasiswa sentiasa
mencari produk kecantikan yang sesuai dengan kulit mereka.
Majoriti mahasiswa mengakui bahawa mereka cenderung
kepada minyak Argan ini kerana mereka telah mendapati terdapat pelbagai khasiat
dalam minyak Argan ini. Hal ini kerana minyak ini dihasilkan daripada bahan
semulajadi iaitu daripada bijian pokok Argan yang mampu menjamin keaslian
produk ini dalam penggunaannya daripada berlaku iritasi pada kulit atau masalah
yang berkaitan dengan kulit. Malah
minyak ini juga turut diakui oleh profesor perunding di jurusan Dermatologi
dari Sekolah Perubatan Universiti Duke, Zoe D. Draelos dalam satu keratan
akhbar, The Wall Street Journal, berkata : “Ia adalah minyak jenis ringan dan
sesuai untuk dicampurkan dalam bahan kosmetik”.
Namun, terdapat sebilangan kecil kelompok mahasiswa yang
tidak bersetuju bahawa minyak Argan ini sesuai untuk dijadikan produk
kecantikan kepada mahsiswa. Setelah mengkaji dan meneliti secara lebih lanjut
dengan mengetahuinya berdasarkan alasan yang dikemukakan, pengkaji telah
mendapati terdapat dua faktor utama yang telah menjejaskan kepercayaan mereka
terhadap keaslian dan keberkesanan penggunaan produk ini kepada mahasiswa.
Faktor utama adalah kerana mereka mengatakan bahawa produk minyak Argan ini begitu
asing bagi mereka kerana tidak popular di media massa tidak seperti produk lain
yang berada di pasaran tempatan. Manakala faktor kedua pula ialah mereka
meragui dengan ketulenan minyak ini daripada Morocco seperti yang diterangkan
dalam borang soal selidik. Hal ini kerana pada tanggapan mereka jika minyak ini
berasal daripada negara Morocco, pasti barang ini perlu diimport masuk ke
Malaysia. Oleh itu, besar kemungkinan produk ini terdapat produk tiruan
daripada pihak-pihak yang tamakkan keuntungan semata-mata. Masalah ini bukan
sahaja telah merugikan pihak pengedar minyak Argan yang asli, bahkan
menjejaskan faktor keselamatan kulit pengguna daripada tercemar dengan
bahan-bahan kimia. Jelaslah bahawa perkara-perkara seperti ini mampu meragut
kepercayaan mahasiswa dalam memilih produk ini sebagai suplemen kecantikan
mereka.
Kelaziman masalah bagi seorang mahasiswa adalah masalah
kewangan walaupun memiliki biasiswa apatah lagi melibatkan sistem kewangan ibu bapa yang sederhana. Tetapi rata-rata
mahasiswa bersetuju bahawa harga minyak Argan ini mampu dimiliki oleh mereka.
Bahkan mereka mengatakan bahawa produk yang berasaskan daripada bahan yang
berkualiti selayaknya mempunyai harga yang tinggi apatah lagi produk ini
berasal daripada luar negara, malahan hanya satu botol yang kecil ini sahaja
mampu digunakan untuk keseluruhan anggota tubuh badan yang meliputi seluruh
kawasan kulit, rambut dan kuku. Majoriti mahasiswa mengaku bahawa mereka
menjangkakan bahawa produk argan oil herbalhut ini mampu laris di pasaran tempatan oleh disebabkan
harganya yang murah dan mutu produk yang tinggi.
10.0 KESIMPULAN
Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa terdapat
beberapa faktor yang dapat menarik minat mahasiswa untuk memilih produk ini sebagai
produk kecantikan mereka. Hal ini kerana, untuk mengenalpasti keistimewaan dan
tarikan minyak argan terhadap mahasiswa generasi Y. Majoriti mahasiswa memberi
respon sangat setuju mengatakan bahawa kesistimewaan minyak argan adalah dapat
mencantikan dan menguatkan kuku dan rambut. Hal ini dapat dibuktikan dari kesan
dan testimoni produk ini yang menunjukkan produk ini berkesan dan dukaji oleh
pengeluar produk. Disebabkan penyerapan minyak ini dapat menyerap masuk ke
dalam kulit, kuku dan rambut telah menyebabkan minyak ini cepat berkesan
berbanding produk yang lain.
Minyak argan yang kaya dengan
zat zat seperti vitamin e, a, b dan anti oxidant, membolehkan untuk merawat
eczema dan psoriasis. Penyakit ini merupakan penyakit kulit. Ramai mahasiswa
tidak pasti akan keberkesanan produk ini terhadap penyakit. Hal ini adalah
kerana, mereka tidak menghidap penyakit tersebut dan tidak dapat dibuktikan
kepada mereka.
Antara keistimeewan yang lain
adalah minyak Argan dapat meratakan rona kulit. Namun, terdapat segelintir
mahasiwa yang tidak bersetuju. Perkara ini menunjukan keistimewaan ini tidak
dapat dinikmati oleh segelintir mahasiwa. Mungkin cara penggunaan yang salah
menyebabkan minyak ini kurang berkesan kepada mahasiwa. Sememangnya minyak
argan mempunyai pelbagai keistimewaan dan perkara ini terbukti apabila ramai
responden yang bersetuju dalam setiap soalan. Ramai mahasiwa yakin bahawa
minyak argan dapat menjaga kulit, rambut dan kuku. Perkara ini mungkin
disebabkan mereka faham akan kelebihan minyak ini melalui iklan iklan atau
mereka faham melalui penerangan yang diberi oleh kami sebelum mereka mula
disoal selidik. Sememangya minyak argan ini sangat berkesan kepada kulit,
rambut dan kuku, oleh disebabkan itu minyak ini menjadi pilihan kepada
RUJUKAN [gunakan
cara menulis rujukan Gaya UKM atau gaya yang lain]
Bernaderre Montanari. 2012. A Criticalanalysis of the introduction of
essential oil distillation in the High Atlas of Marocco with reference to the
role of Gendered traditional knowledge. School of Anthropology and Convervation
University of Kent at Canterbury
Loreal Canada. 2008. Responsible sorcing of argan Oil, Household and
personal care products
Nadim A. Shaath.Ph.D. 2012. Argan Oil: Miracle Ingredient. Apha &
Development, Ltd. And Shaath & Meadows Consultation, White Plains. New York
Mounia Cherki, Hicham Berrougui, Anas Drissi, Ahmed Adlouni dan
Abdelouhed Khalil. 2006. Argan Oil: Which benefits on Cardivascular disease.
Laboratory of Oxidations Stress and Atherosclerosis, Research Centre on Aging,
Univesity of Sherbrooke, Sherbrooke, Que, Canada
Pamela Mello Faria, Luciana Neves Camargo, Regina Siqueira Haddad
Carvalho, Luis Antonio Paludetti, Maria Valeria Robles Velasco, Robson Miranda
da Gama. 2013. Hair Protective Effects of Argan Oil (Argania Spinosa kernel
Oil) and Cupuassu Butter (Theobroma grandiflorum Seed Butter) post Treament
With Hair Dye.
Berita Malaysia. 2011. Argan bukan minyak
sembarangan. 12 November
Sinar Harian. 2013. Malaysia
bakal hab Indus
No comments:
Post a Comment