Ini merupakan blog ke dua saya yang mengandungi contoh-contoh tugasan terkini setelah blog lama saya, Petua Menulis tidak dapat saya akses apabila alamat email lama telah dilupuskan. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh akses blog berkenaan dan mendapat manfaat daripada pelbagai contoh tugasan yang terdapat di situ. Hanya saya sahaja tidak dapat melakukan kemas kini.
Sama seperti blog lama Contoh Tugasan, blog ini juga masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu menyediakan contoh-contoh tugasan yang pernah dihasilkan oleh pelajar yang mengikuti kursus Kemahiran Menulis dan Bentuk-bentuk Penulisan dengan harapan ilmu menulis ilmiah tersebut dapat dikongsi secara bersama.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya menyalin dan menampal (copy and paste) maklumat dalam tugasan berkenaan dan menjadi tugasan yang baru kerana setiap tulisan yang disiarkan sama ada di media dalam talian atau secara bercetak, secara dasarnya mempunyai hakcipta masing-masing. Aktiviti plagiat merupakan jenayah paling besar apabila anda menulis. Di universiti, anda boleh digagalkan apabila terbukti terlibat dalam plagiat.
No comments:
Post a Comment