Jurnal Refleksi Media Sosial Sebagai Medium Pemasaran
Produk Kecantikan Yang Berkesan
Disediakan Oleh:
Nurul Zafirah Binti Ismail
Nawwar Aqilah Binti Mohd Fauzi
Nurliyana Shamimi Binti Ismail
Muhammad Azree Bin Mohd Ezmi
Nursyamimi Syahira Binti Saripan
1.0
Pengenalan
Jurnal refleksi ini ditulis adalah
bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan sepanjang
menyiapkan kertas kerja kami yang bertajuk “media sosial sebagai medium
pemasaran produk kecantikan yang berkesan”
Di dalam jurnal refleksi ini kami
menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang penting, pengalaman,
kelemahan-kelemahan semasa menjalankan kajian, kekuatan kami untuk menjalankan
kajian dan langkah-langkah untuk memperbaiki tugasan kami. Kajian kami ini
memerlukan beberapa langkah yang perlu dilakukan mengikut urutan. Kami akan
menceritakan peristiwa yang penting mengikut urutan supaya penceritaan kami
akan lebih jelas dan dapat disampaikan dengan mudah.
Kajian kami ini dilakukan dengan kerjasama
5 orang ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 4 perempuan dan seorang lelaki
serta tidak lupa pertolongan pensyarah kami iaitu Dr Maharam Binti Mamat yang
banyak membantu kami dan mengajar kami cara yang betul dalam menyiapkan tugasan
ini. Kami juga turut menceritkan perkara yang kami pelajari semasa menyiapkan
tugasan ini. Secara jujurnya, ini merupakan kajian pertama yang kami jalankan
secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana, kesemua
ahli kumpulan kami majoritinya merupakan pelajar tahun 1 yang buat pertama
kalinya melibatkan diri dalam kerja kumpulan di Univerisiti Kebangsaan
Malaysia. Tugasan kami untuk subjek Kemahiran Menulis ini dibawah kendalian Dr
Maharam Mamat sedikit mencabar kerana kami ditugaskan untuk menjual produk
kecantikan menggunakan modal sendiri dan strategi sendiri. Memandangkan
diantara kami tiada yang mempunyai pengalaman menjual produk kecantikan,
perjalanan aktiviti kami agak berjalan dengan lambat namun sentiasa bergerak.
Sudah tentu pada mulanya sukar untuk kami
mencari rentak untuk bekerja berkumpulan namun selepas beberapa kali melakukan
perbincangan kami mula memahami antara satu sama lain. Perkara tersebut menjadi
kekuatan kumpulan kami.
2.0 Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang
Menjalankan Projek
Kehadiran kami untuk kuliah subjek
Kemahiran Menulis hanya pada minggu yang kedua. Hal ini kerana, kami sekumpulan
mendaftar lambat subjek ini berikutan pemilihan subjek yang terhad dan kekangan
masa. Pensyarah memuatnaik arahan untuk mencari ahli kumpulan diantara 5 orang
satu kumpulan di I-Folio. Namun akibat tidak bersemuka, pencarian ahli kumpulan
agak sukar dijalankan. Oleh yang demikian, kami semuanya berjumpa hanya di
I-Folio yang kebetulan kelima-lima orang ingin mencari ahli dan akhirnya kami
membuat Whatsapp Group. Di dalam whatsapp group kami hanya memperkenalkan nama
dan tidak banyak berkomunikasi. Pada 7 Oktober kami mnghadiri kuliah pertama
kami di Perpustakaan Tun Sri Lanang di Bilik Serbaguna Aras 2. Kami mula
berjumpa di hari kuliah itu dan mula berkenalan dan berbincang secara ringkas
tentang tugasan yang diberikan. Berkaitan tugasan, pensyarah pada permulaannya
sudah memberitahu mengenai tugas-tugas yang perlu dilakukan. Oleh itu, ini
memudahkan kami sewaktu perbincangan kerana semua ahli sudah mengetahui secara
umum mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
Perbincangan kami merangkumi mengenai
pemilihan tajuk yang hendak dilakukan dan skop kajian yang akan kami tumpukan
bagi projek ini. Perbincangan ini telah dihadiri oleh kesemua ahli kami tanpa
sebarang pengecualian. Dalam perbincangan tersebut, kami telah memperoleh
beberapa idea dan cadangan yang diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan kami. Antara
cadangan tersebut adalah sebuah kajian mengenai “kepentingan penjagaan kulit
dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia”. Kami
bercadang untuk memilih beberapa fakulti di sekitar UKM dan mencari responden
seramai 50 orang untuk menjawab soalan kami. Cadangan kedua pula ialah
berkaitan “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang
berkesan”. Disebabkan kekangan masa dan bajet kami sependapat untuk melakukan
kajian mengenai cadangan yang kedua iaitu “media sosial sebagai medium
pemasaran produk kecantikan yang berkesan”. Hal ini demikian kerana, kami
berpendapat bahawa pada zaman ini penjualan secara atas talian begitu mendapat
perhatian yang meluas dan mudah untuk dilakukan.
Setelah diteliti dan diperhalusi tajuk
projek kami. Kami bersetuju untuk mencari dan mengedarkan soalan secara atas
talian kepada 100 responden. Kami menggunakan “google document” bagi membuat
soalan berkaitan kajian kami. Kami juga mengagihkan kerja-kerja kepada bentuk
individu agar lebih mudah dan sistematik serta adil dan saksama. Setiap dari
kami juga diberi tarikh untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi memastikan
kelancaran tugasan yang diberikan.
Memandangkan kajian kami mengenai media
sosial maka tidak perlulah kami mengadakan kajian lapangan atau tinjauan. Kami
bersetuju pada 9 Oktober untuk mengadakan perjumpaan untuk kali yang kedua di
PTSL. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk berbincang secara teliti mengenai
soalan kajian kami dan bagaimana cara kami mempromosikan produk kami iaitu
“Herbal Hut Argan Oil” di media sosial. Kami sependapat untuk membuat satu
iklan mengenai Argan oil herbalhut dan melakukan promosi harga bagi menarik pelanggan di
media sosial. Soalan kaji selidik kumpulan kami juga sudah disiapkan dan hanya
perlu disebarkan kepada media-media sosial untuk mendapatkan maklum balas. Kami
menggunakan aplikasi whatsapp sebagai medium untuk menyebarkan soalan kami
kepada pelajar-pelajar UKM sendiri dan orang awam. Penyebaran soalan ini agak
memakan masa juga kerana kami perlukan sekurang-kurangnya 100 orang responden
bagi melengkapkan kajian kami.
Soalan soal selidik kami lebih tertumpu
kepada bagaimana media sosial boleh menjadi suatu alat yang mampu menjana
pendapatan yang lumayan dan mengkaji sama ada seseorang individu tersebut
pernah atau tidak membeli produk kecantikan di media sosial. Menggunakan
kemudahan seperti google document amat memudahkan kerja kami kerana kami tidak
perlu menggunakan tenaga yang banyak dan responden juga tidak terbeban kerana
dengan mudah boleh menjawab soal selidik kami. Selain itu, kemudahan google
document ini apabila responden kami sudah mencapai sasaran yang ditetapkan maka
secara automatik peratusan sudah disediakan melalui aplikasi ini. Hal ini,
memudahkan lagi kerja kami untuk menganalisis kajian kami ini. Perjumpaan yang
ketiga yang juga diadakan di PTSL bertujuan membincangkan dapatan yang kami
perolehi melalui soalan soal selidik kami dan masing-masing memberi pendapat
dan idea-idea yang bernas. Akhirnya kami dapat melengkapkan kaji selidik kami
pada 18 November dan mula membuat belanjawan kumpulan kami. Hal ini kerana,
pada 25 November belanjawan perlu di hantar kepada pensyarah. Selepas kami
secara berkumpulan membuat belanjawan kami seterusnya membuat slaid
pembentangan kami secara ringkas mengenai kajian kami yang telah dijalankan
memandangkan tempoh pembentangan hanya 15 minit. Pada 28 November iaitu hari
ahad kami telah membuat pembentangan terakhir di kelas kami dan kami bersepakat
supaya semua ahli kumpulan kami dapat membentangkan slaid kerana kami bekerja
di dalam suatu kumpulan yang memerlukan kerjasama yang kuat. Selepas
pembentangan kami telah membahagikan kerja kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
yang menyiapkan kertas kerja dan kumpulan yang menyiapkan jurnal refleksi. Hal
ini agar memudahkan kerja kami supaya siap sebelum tarikh akhir penghantaran
tugasan iaitu pada 14 Disember.
3.0 Pengalaman Pembelajaran Yang Dialami
Sepanjang tempoh melaksanakan kajian,
terdapat pelbagai perkara yang kami telah perolehi dan pelajari. Sebagai
contoh, kami telah mempelajari kepentingan kerjasama dalam sesebuah kumpulan.
Tanpa sikap kerjasama, tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik
dan menepati masa. Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dan membolehkan kami melengkapkan tugasan ini tanpa sebarang
pertelingkahan serta masalah. Contohnya kami akan mengadakan perbincangan
terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan pandangan
setiap ahli kumpulan kami seperti apabila kami mahu membahagikan tugasan dan
sebagainya. Kersama amat penting dan ini boleh didapati apabila kami secara
berkumpulan memberikan idea dalam pembinaan soalan kaji selidik kami. Jika
dilakukan oleh individu mungkin membuat soalan kaji selidik ini menjadi perkara
yang susah namun jika dilakukan secara berkumpulan pelbagai idea dapat dikongsi
bersama.
Seterusnya, kami juga telah mempelajari
kepentingan sikap toleransi dan bertolak ansur. Tanpa toleransi, kumpulan ini
tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana akan muncul pertelingkahan setiap
kali terdapat perbezaan pendapat di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan
mestilah belajar untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan baik
dan bersedia menerima kritikan dari orang lain juga. Oleh itu, kami telah
mengadakan perbincangan apabila terdapat sebarang perbezaan pendapat supaya
kami dapat mencari solusi yang dipersetujui oleh setiap ahli. Toleransi juga
boleh dilihat apabila ada dikalangan ahli kami yang tidak dapat menghadiri
perbincangan atau mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, akan ada ahli
yang secara sukarela membantu dengan kemampuan yang ada. Sikap ini lah yang
jarang ada pada setiap pelajar.
Selain itu juga, kami telah mempelajari
tentang pengurusan masa. Pengurusan masa yang baik adalah sangat penting dalam
melaksanakan sesuatu kerja supaya kerja tersebut dapat diselesaikan dengan
sempurna dan siap pada waktunya. Kami telah berjaya membahagikan masa kami
dengan cekap supaya kami mampu untuk meluangkan masa untuk berbincang. Kami
juga tidak membazir masa atau menangguhkan perlaksaan tugasan ini. Hal ini
menyebabkan kami tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikannya dan membolehkan kami
menghasilkan hasil kerja yang bermutu.
4.0 Kelemahan- kelamahan Sepanjang Projek
Dijalankan
Sepanjang projek ini terdapat pelbagai
kelemahan yang dikesan mengenai tajuk kajian kami ini iaitu, “media sosial
sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan”. Antara permasalahan
ataupun kelemahan yang boleh dikesan adalah medium media social yanh digunakan
dilihat kurang diberi kepercayaan 100 peratus oleh pengguna terhadap kami
selaku peniaga. Meskipun dalam skala yang kecil, namun tahap kepercayaaan yang
kurang dilihat turut memberikan impak kepada kami untuk menjual produk ini
dengan mudah. Misalnya terdapat ramai yang bertanyakan apa nombor pendaftaran
perniagaan kami secara atas talian, daripada mana kami memperolehi bekalan
produk, siapa pemilik sebenar yang menguruskan perniagaan ini dan adakah harga
yang kami tawarkan ini berpatutan ataupun tidak.
Persoalan demi persoalan yang diutarakan sedikit sebanyak membuatkan
kami kurang senang kerana pengguna media social tidak dapat melihat sendiri
produk yang kami jual secara nyata. Ramai juga yang beranggapan bahawa
perniagaan atas talian yang melibatkan penggunaan media social menipu mereka
dan ada juga yang beranggapan produk yang kami niagakan ini tidak tulen. Namun
begitu, setelah kami jelaskan situasi sebenar bahawa kami merupakan pelajar di
Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang menjalankan tugasan kami untuk
penilaian akhir kursus baru mereka percaya dan tidak menimbulkan isu-isu yang
dirasakan sedikit berat untuk kami harungi.
Dalam pada itu juga, masalah lain yang timbul sepanjang kajian kami ini
adalah kesukaran mencari pembeli yang benar-benar berminat untuk membeli produk argan oil herbalhut
kami. Ini kerana, ada kalangan pengguna media social menggunakan medium ini
untuk memperlekehkan kami seperti membandingkan harga-harga di pasaran dengan
harga yang kami tawarkan. Ada juga yang menggunakan pendekatan media social ini
untuk mengganggu kami dengan perkara yang tidak berkaitan langsung dengan
produk yang kami jual. Hal ini terjadi kepada ahli kumpulan wanita terutamanya
apabila ada nombor-nombor yang tidak dikenali mula masuk dan mencari kesempatan
terhadap mereka.
Kelemahan lain
yang boleh dikesan melalui penggunaan media sosial ini sebagai alat
mempromosikan produk kecantikan yang kami pasarkan adalah apabila timbul salah
faham berkaitan penggunaan produk ini, kebaikannya dan berkaitan soal harga.
Hal ini berlaku apabila pengguna media social mengangap Argan Oil yang kami
jual boleh memutihkan kulit dan ada juga yang menganggap ianya boleh digunakan
sebagai minyak untuk mengurut walhal info berkaitan produk ini sudah
dinyatakan jelas dalam poster yang kami
terbitan.
Berkaitan soal harga, ada juga dalam kalangan pengguna media social yang
keliru antara harga asal produk ini dengan harga yang kami pasarkan sehinggu
berlaku sedikit salah faham. Namun, kerana sikap professional ahli kumpulan
yang tinggi, kami Berjaya mengharungi antara kelemahan-kelemahan penggunaan
media social sebagai medium memasarkan produk kecantikkan dengan penuh
kesabaran dan bersedia berhadapan dengan segala macam kemungkinan.
5.0 Kekuatan Projek Kajian
Seperti yang diketahui umum, projek pada
kali ini menggunakan Argan Oil sebagai produk utama yang perlu dipasarkan. Bagi
kami sendiri, produk ini sebenarnya menjadi nadi keberhasilan projek kami
kerana kebanyakkan orang mengetahui akan kebekerkesan minyak ini untuk hal-hal
kecantikkan mahupun kesihatan. Produk ini sememangnya mendapat permintaan yang
cukup tinggi oleh masyarakat dan apabila kami memuat naik poster ataupun
hebahan megenai produk ini, ternyata kami memperolehi pelbagai respon yang baik
oleh pengguna laman social terutamanya di facebook dan instagram. Diakui
terdapat maklum balas positif dan negatif, namun penggunaan media social dalam
mempromosikan produk ini merupakan sebuah straregi yang sangat berjaya dan
membuahkan hasil tidak seperti jika membuka kedia di mana-mana tempat.
Kekuatan lain projek ini adalah, kami menjadikan media social seperti
facebook dan instagram sebagai medium utama mempromosikan produk kecantikkan
argan oil herbalhut kami. Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa facebook memiliki pengaruh yang
tersendiri untuk menarik minat orang membaca terus dan kemudian tertarik untuk
bertanyakan leboh lanjut berkaitan prroduk yang kami pasarkan. Instagram pula
merupakan suatu bentuk media baharu yang menjadi kegilaan remaja kini untuk
mengetahui maklumat ataupu trend-trend
terkini. Oleh itu, instagram digunakan untuk menarik golongan remaja khususnyan
untuk membeli produk kecantikan kami ini.
Selain daripada itu, kekuatan projek ini
dapat dijalankan dengan lebih mantap apabila adanya ahli kumpulan yang sentiasa
bertoleransi antara satu sama lain disamping saling bekerjasama untuk
menjalankan kajian dan projek ini. Meskipun terdapat kekangan masa yang
dihadapi juga maslaah kewangan yang tidak mencukupi, kami saling bantu membantu
supaya setiap kekurangan itu dapat diperbaiki. Ahli kumpulan sangat memainkan
peranan tugas masing-masing dari waktu perujumpaan pertama, mesyuarat susulan,
perbincagan kewangan, urusan jual beli produk dengan pensyarah kursus, tempoh
promosi juga urusan jual beli sehinggalah hingga proses akhir iaitu proses
menyiapkan laporan akhir, pembentanagan sehinggalah jurnal reflkesi.
6.0 Langkah-langkah Penambahbaikan
Dalam sesebuah projek, pasti akan
berlakunya kekurangan ataupun kesulitan yang dialami. pelbagai langkah-langkah
atau cadangan penambah baikkan boleh dilakukan. Antaranya adalah dengan melakukan persiapan
awal dalam setiap proses promosi dan jual beli. Kekuarangan masa yang mencukupi
menyebabkan timbul salah faham antara pengguna media social dengan pihak kami
apabila kami tidak bersedia dan kurang yakin menjawab setiap persoalan yang
diajukan oleh pengguna. Hal ini menimbulkan rasa kurang percaya antara pengguna
media social dengan kami kerana mereka kurang yakin dengan jawapan kami yang
tidak memuaskan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya persediaan awal sebelum
melakukan sesuatu urusan perniaga kerana khuatir hal yang sama berulang
kembali.
Selain itu, cadangan lain yang boleh diutarakan adalah dengan melakukan
hebahan melalui media jika benar-benar ingin menjalan suatu bentuk jualan
secara besar-besaran. Meskipun projek yang dijalankan kini dalam lingkungan
skala kecil atau erti kata lain dalam kampus, tidak mustahil jika kita boleh
kembangkan rangka promosi ke pihak media bukan sahaja kita mendapat keuntungan
yang lebih, malah nama kampus juga akan sama menigkat kerana ada kalangan
pelajarnya yang menjadi usahawan muda. Ini seiring dengan hasrat Naib Canselor
sendiri yang ingin menjadikan pelajar UKM yang berketerampilan dan holistik.
Penggunaan media massa dalam hal ini sebenarnya mampu menarik lebih ramai
pembeli untuk membeli produk ini dan tiadak hanya tertumpu kepada pengguna
media social sahaja.
Tambahan
lagi, sebagai pelajar juga kita boleh memperbaiki kajian ini dengan menjalankan
kajian soal selidik secara lisan dan nyata. Tidak bergantung kepada ‘google
document’ semata-mata. Mungkin kerana penggunaan ‘google document’ yang lebih
cepat menajadikan pelajar lebih cenderung memilih aplikasi ini, namun
pengedaran boring soal selidiki sebenarnnya lebih efisyen dan dalam hal itu
kita sendiri boleh melihat sejauh mana tahap kepuasan pengguna media social
terhadap penjualan produk kecantikkan melalui media social terjawab secara
lebih literal bukan sekadar menjawab secara atas talian semata-mata.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat diambil sepanjang
projek ini dijalankan adalah “media sosial sebagai medium pemasaran produk
kecantikan yang berkesan” merupakan suatu frasa yang cukup rasional kerana
kebolehannya menarik pengguna untuk membeli kerana tahap kepantasannya dalam
memberikan info berkaitan produk yang dijual.
Media social yang menjadi tren masyarakat kini sememangnya memainkan
peranan yang cukup baik untuk membantu peniaga atas talian terutamanya
mempromosikan produk-produk mereka kerana ini adalah ‘syarikat’ utama mereka
dalam menggerakkan perniagaa. Tanpa media social, sudah pasti perniagaan mereka
tidak dapat bekembang dan produk yang dijual tidak mendapat sambutan dan tidak
boleh dipasarkan.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda wawasan kita tidak boleh
memperlekehkan peniaga-peniaga atas talian yang menjadikan perniagaan ini
sebagai sumber rezeki mereka kerana mereka telah mengharungi pebagai cabaran
dan halangan untuk membangunkan perniagaan lebih-lebih lagi yang berniaga
berkonsepkan produk kecantikkan yang semsetinya berhadapan dengan pelbagai
persoalan rasional ataupun sebaiknya.
No comments:
Post a Comment