Monday, 22 February 2016

Jurnal Refleksi Media Sosial Sebagai Medium Pemasaran Argan Oil Herbahut



Jurnal Refleksi Media Sosial Sebagai Medium Pemasaran
Produk Kecantikan Yang Berkesan

Disediakan Oleh:
Nurul Zafirah Binti Ismail
Nawwar Aqilah Binti Mohd Fauzi
Nurliyana Shamimi Binti Ismail
Muhammad Azree Bin Mohd Ezmi
Nursyamimi Syahira Binti Saripan


1.0  Pengenalan

Jurnal refleksi ini ditulis adalah bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan sepanjang menyiapkan kertas kerja kami yang bertajuk “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan”

Di dalam jurnal refleksi ini kami menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang penting, pengalaman, kelemahan-kelemahan semasa menjalankan kajian, kekuatan kami untuk menjalankan kajian dan langkah-langkah untuk memperbaiki tugasan kami. Kajian kami ini memerlukan beberapa langkah yang perlu dilakukan mengikut urutan. Kami akan menceritakan peristiwa yang penting mengikut urutan supaya penceritaan kami akan lebih jelas dan dapat disampaikan dengan mudah.

Kajian kami ini dilakukan dengan kerjasama 5 orang ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 4 perempuan dan seorang lelaki serta tidak lupa pertolongan pensyarah kami iaitu Dr Maharam Binti Mamat yang banyak membantu kami dan mengajar kami cara yang betul dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga turut menceritkan perkara yang kami pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Secara jujurnya, ini merupakan kajian pertama yang kami jalankan secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana, kesemua ahli kumpulan kami majoritinya merupakan pelajar tahun 1 yang buat pertama kalinya melibatkan diri dalam kerja kumpulan di Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tugasan kami untuk subjek Kemahiran Menulis ini dibawah kendalian Dr Maharam Mamat sedikit mencabar kerana kami ditugaskan untuk menjual produk kecantikan menggunakan modal sendiri dan strategi sendiri. Memandangkan diantara kami tiada yang mempunyai pengalaman menjual produk kecantikan, perjalanan aktiviti kami agak berjalan dengan lambat namun sentiasa bergerak.

Sudah tentu pada mulanya sukar untuk kami mencari rentak untuk bekerja berkumpulan namun selepas beberapa kali melakukan perbincangan kami mula memahami antara satu sama lain. Perkara tersebut menjadi kekuatan kumpulan kami.


2.0 Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang Menjalankan Projek

Kehadiran kami untuk kuliah subjek Kemahiran Menulis hanya pada minggu yang kedua. Hal ini kerana, kami sekumpulan mendaftar lambat subjek ini berikutan pemilihan subjek yang terhad dan kekangan masa. Pensyarah memuatnaik arahan untuk mencari ahli kumpulan diantara 5 orang satu kumpulan di I-Folio. Namun akibat tidak bersemuka, pencarian ahli kumpulan agak sukar dijalankan. Oleh yang demikian, kami semuanya berjumpa hanya di I-Folio yang kebetulan kelima-lima orang ingin mencari ahli dan akhirnya kami membuat Whatsapp Group. Di dalam whatsapp group kami hanya memperkenalkan nama dan tidak banyak berkomunikasi. Pada 7 Oktober kami mnghadiri kuliah pertama kami di Perpustakaan Tun Sri Lanang di Bilik Serbaguna Aras 2. Kami mula berjumpa di hari kuliah itu dan mula berkenalan dan berbincang secara ringkas tentang tugasan yang diberikan. Berkaitan tugasan, pensyarah pada permulaannya sudah memberitahu mengenai tugas-tugas yang perlu dilakukan. Oleh itu, ini memudahkan kami sewaktu perbincangan kerana semua ahli sudah mengetahui secara umum mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

Perbincangan kami merangkumi mengenai pemilihan tajuk yang hendak dilakukan dan skop kajian yang akan kami tumpukan bagi projek ini. Perbincangan ini telah dihadiri oleh kesemua ahli kami tanpa sebarang pengecualian. Dalam perbincangan tersebut, kami telah memperoleh beberapa idea dan cadangan yang diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan kami. Antara cadangan tersebut adalah sebuah kajian mengenai “kepentingan penjagaan kulit dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia”. Kami bercadang untuk memilih beberapa fakulti di sekitar UKM dan mencari responden seramai 50 orang untuk menjawab soalan kami. Cadangan kedua pula ialah berkaitan “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan”. Disebabkan kekangan masa dan bajet kami sependapat untuk melakukan kajian mengenai cadangan yang kedua iaitu “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan”. Hal ini demikian kerana, kami berpendapat bahawa pada zaman ini penjualan secara atas talian begitu mendapat perhatian yang meluas dan mudah untuk dilakukan.

Setelah diteliti dan diperhalusi tajuk projek kami. Kami bersetuju untuk mencari dan mengedarkan soalan secara atas talian kepada 100 responden. Kami menggunakan “google document” bagi membuat soalan berkaitan kajian kami. Kami juga mengagihkan kerja-kerja kepada bentuk individu agar lebih mudah dan sistematik serta adil dan saksama. Setiap dari kami juga diberi tarikh untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi memastikan kelancaran tugasan yang diberikan.

Memandangkan kajian kami mengenai media sosial maka tidak perlulah kami mengadakan kajian lapangan atau tinjauan. Kami bersetuju pada 9 Oktober untuk mengadakan perjumpaan untuk kali yang kedua di PTSL. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk berbincang secara teliti mengenai soalan kajian kami dan bagaimana cara kami mempromosikan produk kami iaitu “Herbal Hut Argan Oil” di media sosial. Kami sependapat untuk membuat satu iklan mengenai Argan oil herbalhut dan melakukan promosi harga bagi menarik pelanggan di media sosial. Soalan kaji selidik kumpulan kami juga sudah disiapkan dan hanya perlu disebarkan kepada media-media sosial untuk mendapatkan maklum balas. Kami menggunakan aplikasi whatsapp sebagai medium untuk menyebarkan soalan kami kepada pelajar-pelajar UKM sendiri dan orang awam. Penyebaran soalan ini agak memakan masa juga kerana kami perlukan sekurang-kurangnya 100 orang responden bagi melengkapkan kajian kami.

Soalan soal selidik kami lebih tertumpu kepada bagaimana media sosial boleh menjadi suatu alat yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dan mengkaji sama ada seseorang individu tersebut pernah atau tidak membeli produk kecantikan di media sosial. Menggunakan kemudahan seperti google document amat memudahkan kerja kami kerana kami tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak dan responden juga tidak terbeban kerana dengan mudah boleh menjawab soal selidik kami. Selain itu, kemudahan google document ini apabila responden kami sudah mencapai sasaran yang ditetapkan maka secara automatik peratusan sudah disediakan melalui aplikasi ini. Hal ini, memudahkan lagi kerja kami untuk menganalisis kajian kami ini. Perjumpaan yang ketiga yang juga diadakan di PTSL bertujuan membincangkan dapatan yang kami perolehi melalui soalan soal selidik kami dan masing-masing memberi pendapat dan idea-idea yang bernas. Akhirnya kami dapat melengkapkan kaji selidik kami pada 18 November dan mula membuat belanjawan kumpulan kami. Hal ini kerana, pada 25 November belanjawan perlu di hantar kepada pensyarah. Selepas kami secara berkumpulan membuat belanjawan kami seterusnya membuat slaid pembentangan kami secara ringkas mengenai kajian kami yang telah dijalankan memandangkan tempoh pembentangan hanya 15 minit. Pada 28 November iaitu hari ahad kami telah membuat pembentangan terakhir di kelas kami dan kami bersepakat supaya semua ahli kumpulan kami dapat membentangkan slaid kerana kami bekerja di dalam suatu kumpulan yang memerlukan kerjasama yang kuat. Selepas pembentangan kami telah membahagikan kerja kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyiapkan kertas kerja dan kumpulan yang menyiapkan jurnal refleksi. Hal ini agar memudahkan kerja kami supaya siap sebelum tarikh akhir penghantaran tugasan iaitu pada 14 Disember.

3.0 Pengalaman Pembelajaran Yang Dialami

Sepanjang tempoh melaksanakan kajian, terdapat pelbagai perkara yang kami telah perolehi dan pelajari. Sebagai contoh, kami telah mempelajari kepentingan kerjasama dalam sesebuah kumpulan. Tanpa sikap kerjasama, tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati masa. Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan membolehkan kami melengkapkan tugasan ini tanpa sebarang pertelingkahan serta masalah. Contohnya kami akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan pandangan setiap ahli kumpulan kami seperti apabila kami mahu membahagikan tugasan dan sebagainya. Kersama amat penting dan ini boleh didapati apabila kami secara berkumpulan memberikan idea dalam pembinaan soalan kaji selidik kami. Jika dilakukan oleh individu mungkin membuat soalan kaji selidik ini menjadi perkara yang susah namun jika dilakukan secara berkumpulan pelbagai idea dapat dikongsi bersama.

Seterusnya, kami juga telah mempelajari kepentingan sikap toleransi dan bertolak ansur. Tanpa toleransi, kumpulan ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana akan muncul pertelingkahan setiap kali terdapat perbezaan pendapat di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mestilah belajar untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan baik dan bersedia menerima kritikan dari orang lain juga. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan apabila terdapat sebarang perbezaan pendapat supaya kami dapat mencari solusi yang dipersetujui oleh setiap ahli. Toleransi juga boleh dilihat apabila ada dikalangan ahli kami yang tidak dapat menghadiri perbincangan atau mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, akan ada ahli yang secara sukarela membantu dengan kemampuan yang ada. Sikap ini lah yang jarang ada pada setiap pelajar.

Selain itu juga, kami telah mempelajari tentang pengurusan masa. Pengurusan masa yang baik adalah sangat penting dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya kerja tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna dan siap pada waktunya. Kami telah berjaya membahagikan masa kami dengan cekap supaya kami mampu untuk meluangkan masa untuk berbincang. Kami juga tidak membazir masa atau menangguhkan perlaksaan tugasan ini. Hal ini menyebabkan kami tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikannya dan membolehkan kami menghasilkan hasil kerja yang bermutu.

4.0 Kelemahan- kelamahan Sepanjang Projek Dijalankan

Sepanjang projek ini terdapat pelbagai kelemahan yang dikesan mengenai tajuk kajian kami ini iaitu, “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan”. Antara permasalahan ataupun kelemahan yang boleh dikesan adalah medium media social yanh digunakan dilihat kurang diberi kepercayaan 100 peratus oleh pengguna terhadap kami selaku peniaga. Meskipun dalam skala yang kecil, namun tahap kepercayaaan yang kurang dilihat turut memberikan impak kepada kami untuk menjual produk ini dengan mudah. Misalnya terdapat ramai yang bertanyakan apa nombor pendaftaran perniagaan kami secara atas talian, daripada mana kami memperolehi bekalan produk, siapa pemilik sebenar yang menguruskan perniagaan ini dan adakah harga yang kami tawarkan ini berpatutan ataupun tidak.

   Persoalan demi persoalan yang diutarakan sedikit sebanyak membuatkan kami kurang senang kerana pengguna media social tidak dapat melihat sendiri produk yang kami jual secara nyata. Ramai juga yang beranggapan bahawa perniagaan atas talian yang melibatkan penggunaan media social menipu mereka dan ada juga yang beranggapan produk yang kami niagakan ini tidak tulen. Namun begitu, setelah kami jelaskan situasi sebenar bahawa kami merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang menjalankan tugasan kami untuk penilaian akhir kursus baru mereka percaya dan tidak menimbulkan isu-isu yang dirasakan sedikit berat untuk kami harungi.

   Dalam pada itu juga, masalah lain yang timbul sepanjang kajian kami ini adalah kesukaran mencari pembeli yang benar-benar berminat untuk membeli produk argan oil herbalhut kami. Ini kerana, ada kalangan pengguna media social menggunakan medium ini untuk memperlekehkan kami seperti membandingkan harga-harga di pasaran dengan harga yang kami tawarkan. Ada juga yang menggunakan pendekatan media social ini untuk mengganggu kami dengan perkara yang tidak berkaitan langsung dengan produk yang kami jual. Hal ini terjadi kepada ahli kumpulan wanita terutamanya apabila ada nombor-nombor yang tidak dikenali mula masuk dan mencari kesempatan terhadap mereka. 

Kelemahan lain yang boleh dikesan melalui penggunaan media sosial ini sebagai alat mempromosikan produk kecantikan yang kami pasarkan adalah apabila timbul salah faham berkaitan penggunaan produk ini, kebaikannya dan berkaitan soal harga. Hal ini berlaku apabila pengguna media social mengangap Argan Oil yang kami jual boleh memutihkan kulit dan ada juga yang menganggap ianya boleh digunakan sebagai minyak untuk mengurut walhal info berkaitan produk ini sudah dinyatakan  jelas dalam poster yang kami terbitan.

   Berkaitan soal harga, ada juga dalam kalangan pengguna media social yang keliru antara harga asal produk ini dengan harga yang kami pasarkan sehinggu berlaku sedikit salah faham. Namun, kerana sikap professional ahli kumpulan yang tinggi, kami Berjaya mengharungi antara kelemahan-kelemahan penggunaan media social sebagai medium memasarkan produk kecantikkan dengan penuh kesabaran dan bersedia berhadapan dengan segala macam kemungkinan.

5.0 Kekuatan Projek Kajian

Seperti yang diketahui umum, projek pada kali ini menggunakan Argan Oil sebagai produk utama yang perlu dipasarkan. Bagi kami sendiri, produk ini sebenarnya menjadi nadi keberhasilan projek kami kerana kebanyakkan orang mengetahui akan kebekerkesan minyak ini untuk hal-hal kecantikkan mahupun kesihatan. Produk ini sememangnya mendapat permintaan yang cukup tinggi oleh masyarakat dan apabila kami memuat naik poster ataupun hebahan megenai produk ini, ternyata kami memperolehi pelbagai respon yang baik oleh pengguna laman social terutamanya di facebook dan instagram. Diakui terdapat maklum balas positif dan negatif, namun penggunaan media social dalam mempromosikan produk ini merupakan sebuah straregi yang sangat berjaya dan membuahkan hasil tidak seperti jika membuka kedia di mana-mana tempat.

   Kekuatan lain projek ini adalah, kami menjadikan media social seperti facebook dan instagram sebagai medium utama mempromosikan produk kecantikkan argan oil herbalhut kami. Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa facebook memiliki pengaruh yang tersendiri untuk menarik minat orang membaca terus dan kemudian tertarik untuk bertanyakan leboh lanjut berkaitan prroduk yang kami pasarkan. Instagram pula merupakan suatu bentuk media baharu yang menjadi kegilaan remaja kini untuk mengetahui maklumat ataupu  trend-trend terkini. Oleh itu, instagram digunakan untuk menarik golongan remaja khususnyan untuk membeli produk kecantikan kami ini.

   Selain daripada itu, kekuatan projek ini dapat dijalankan dengan lebih mantap apabila adanya ahli kumpulan yang sentiasa bertoleransi antara satu sama lain disamping saling bekerjasama untuk menjalankan kajian dan projek ini. Meskipun terdapat kekangan masa yang dihadapi juga maslaah kewangan yang tidak mencukupi, kami saling bantu membantu supaya setiap kekurangan itu dapat diperbaiki. Ahli kumpulan sangat memainkan peranan tugas masing-masing dari waktu perujumpaan pertama, mesyuarat susulan, perbincagan kewangan, urusan jual beli produk dengan pensyarah kursus, tempoh promosi juga urusan jual beli sehinggalah hingga proses akhir iaitu proses menyiapkan laporan akhir, pembentanagan sehinggalah jurnal reflkesi.

6.0 Langkah-langkah Penambahbaikan

Dalam sesebuah projek, pasti akan berlakunya kekurangan ataupun kesulitan yang dialami. pelbagai langkah-langkah atau cadangan penambah baikkan boleh dilakukan. Antaranya adalah dengan melakukan persiapan awal dalam setiap proses promosi dan jual beli. Kekuarangan masa yang mencukupi menyebabkan timbul salah faham antara pengguna media social dengan pihak kami apabila kami tidak bersedia dan kurang yakin menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pengguna. Hal ini menimbulkan rasa kurang percaya antara pengguna media social dengan kami kerana mereka kurang yakin dengan jawapan kami yang tidak memuaskan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya persediaan awal sebelum melakukan sesuatu urusan perniaga kerana khuatir hal yang sama berulang kembali.

   Selain itu, cadangan lain yang boleh diutarakan adalah dengan melakukan hebahan melalui media jika benar-benar ingin menjalan suatu bentuk jualan secara besar-besaran. Meskipun projek yang dijalankan kini dalam lingkungan skala kecil atau erti kata lain dalam kampus, tidak mustahil jika kita boleh kembangkan rangka promosi ke pihak media bukan sahaja kita mendapat keuntungan yang lebih, malah nama kampus juga akan sama menigkat kerana ada kalangan pelajarnya yang menjadi usahawan muda. Ini seiring dengan hasrat Naib Canselor sendiri yang ingin menjadikan pelajar UKM yang berketerampilan dan holistik. Penggunaan media massa dalam hal ini sebenarnya mampu menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk ini dan tiadak hanya tertumpu kepada pengguna media social sahaja.

   Tambahan lagi, sebagai pelajar juga kita boleh memperbaiki kajian ini dengan menjalankan kajian soal selidik secara lisan dan nyata. Tidak bergantung kepada ‘google document’ semata-mata. Mungkin kerana penggunaan ‘google document’ yang lebih cepat menajadikan pelajar lebih cenderung memilih aplikasi ini, namun pengedaran boring soal selidiki sebenarnnya lebih efisyen dan dalam hal itu kita sendiri boleh melihat sejauh mana tahap kepuasan pengguna media social terhadap penjualan produk kecantikkan melalui media social terjawab secara lebih literal bukan sekadar menjawab secara atas talian semata-mata.
   

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat diambil sepanjang projek ini dijalankan adalah “media sosial sebagai medium pemasaran produk kecantikan yang berkesan” merupakan suatu frasa yang cukup rasional kerana kebolehannya menarik pengguna untuk membeli kerana tahap kepantasannya dalam memberikan info berkaitan produk yang dijual.

   Media social yang menjadi tren masyarakat kini sememangnya memainkan peranan yang cukup baik untuk membantu peniaga atas talian terutamanya mempromosikan produk-produk mereka kerana ini adalah ‘syarikat’ utama mereka dalam menggerakkan perniagaa. Tanpa media social, sudah pasti perniagaan mereka tidak dapat bekembang dan produk yang dijual tidak mendapat sambutan dan tidak boleh dipasarkan.

   Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda wawasan kita tidak boleh memperlekehkan peniaga-peniaga atas talian yang menjadikan perniagaan ini sebagai sumber rezeki mereka kerana mereka telah mengharungi pebagai cabaran dan halangan untuk membangunkan perniagaan lebih-lebih lagi yang berniaga berkonsepkan produk kecantikkan yang semsetinya berhadapan dengan pelbagai persoalan rasional ataupun sebaiknya.

KECENDERUNGAN MAHASISWA MEMILIH PRODUK MINYAK ARGAN SEBAGAI SUPLEMEN KECANTIKAN






KEMAHIRAN MENULIS  ( LMCR 2243)

                                                                                                                 
             KECENDERUNGAN MAHASISWA MEMILIH PRODUK MINYAK ARGAN SEBAGAI SUPLEMEN KECANTIKAN
                                                                                                         
                                                                                                               
DISEDIAKAN UNTUK :       DR. MAHARAM BINTI MAMAT

Disediakan Oleh:

Noorashida Binti Arasid       
 Siti Suhana Binti Nawi
Sumayyah Binti Yahaya 
Norliana Atika Binti Mustafa
Nur Syafawani Binti Abdul Rahman
Muhammad Afiq Mustakim Bin Sharudin





ABSTRAK

Kertas kerja ini mendedahkan kecenderungan mahasiswa memilih produk minyak Argan sebagai suplemen kecantikan mereka. Aspek kajian termasuk mengetahui faktor-faktor mahasiswa memilih minyak argan sebagai suplemen kecantikan dan mengenalpasti tarikan minyak argan terhadap mahasiswa generasi Y serta mengkaji tahap pengetahuan mahasiswa tentang minyak argan. Kajian ini dijalankan dengan beberapa kaedah kajian. Antaranya secara resensi perpustakaan. Kajian dijalankan dengan merujuk buku, jurnal atau artikel berkaitan minyak Argan. Selain itu, kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik iaitu dengan meminta 100 orang mahasiswa yang mendiami di Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Dato’ Onn dan Kolej Ungku Omar untuk menjawab borang soal selidik. Temubual dijalankan ke atas dua orang  mahasiswa dan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

1.0        PENDAHULUAN

Darsawarsa kini nilai kecantikan yang semakin mendapat perhatian telah menjadi satu keperluan yang cukup sinonim bagi setiap golongan wanita zaman kini. Pasaran luas produk-produk kecantikan dari pelbagai bahan dan jenis semakin memuncak dengan pelbagai idea dan cara yang menarik berjaya mengikat hati golongan muda dan tua. Keperluan terhadap kecantikan atas dasar  penjagaan kesihatan seolah-oleh tidak dapat dipisahkan dimana keuntungan yang cukup memberansangkan dalam kalangan pengeluar produk kecantikan yang berjuta-juta ringgit memanifestasikan bahawa kecantikan hari ini bukan saja keutamaan bahkan kesanggupan golongan tertentu sanggup membelanjakan beribu ringgit untuk mendapatkan wajah dan kesihatan yang baik. 

            Oleh itu, menjadi kemestian setiap produk yang diperkenalkan dicipta dari bahan-bahan rahsia yang mampu memberi kesan yang dikehendaki dan memuaskan hati pelanggan. Minyak Argan adalah salah satu bahan termahal di dunia ialah salah satu bahan carian bagi setiap pengeluar produk berdasarkan nilai kualiti dan kebaikannya. Walau bagaimanapun disebabkan nilai dan punca untuk mendapatkan minyak Argan yang sedikit sukar kerana pengeluarannya yang terhad dan boleh diperolehi  di negara Maghribi menjadikannya lebih bernilai.

            Kecenderungan masyarakat Malaysia dalam mengunakan minyak Argan semakin ketara apabila pengeluar produk kecantikan di Malaysia mula mengunakan minyak Argan sebagai ramuan asas dalam produk yang diperkenalkan. Masyarakat masih ada yang tidak mengetahui nilai dan manfaat yang dapat diperolehi dari minyak Argan itu sendiri. Namun, pendedahan melalui produk-produk kecantikan yang mengunakan minyak argan telah membuka minat dan pengetahuan terhadap kelebihannya.
           
            Penggunaan minyak Argan bukan sahaja akan memberikan manfaat namun nilai kesihatan yang terbukti dari kajian saintifik akan membuka satu lagi saluran terhadap bahan rahsia yang boleh dipasarkan dan digunakan, umumnya oleh rakyat Malaysia. Kebaikan dan mutu kualiti minyak Argan akan dapat membuka minda masyarakat akan rahsia kecantikan didalamnya.


2.0        LATAR BELAKANG KAJIAN

Sepertimana yang kita ketahui, kecantikan itu sendiri merupakan binaan sosial seseorang. Perkembangan sosial abad ini menuntut kepada setiap mahasiswa untuk sentiasa berketrampilan yang mantap dari pelbagai sudut. Peragaan pemakaian dan kecantikan semulajadi yang dianugerahkan Pencipta kepada makhluk-Nya juga perlu dititikberatkan. Oleh sebab itu, banyak syarikat atau individu yang berlumba-lumba merebut peluang ini untuk meraih keuntungan dengan mencipta dan berinovasi dalam penyediaan pelbagai jenis produk kecantikan dan penjagaan diri.  Berdasarkan Dewan Masyarakat Mac 2012, “pada 2011, sambutan terhadap produk kecantikan amat memberangsangkan apabila kehadiran pengunjung dicatatkan lebih daripada 20 ribu orang sepanjang Beauty 11 Expo berlangsung. Selain itu, bilangan syarikat yang mengambil bahagian juga meningkat kepada 50 peratus berbanding dengan 2010. Maklum balas yang diterima daripada peserta pameran juga menunjukkan pertumbuhan pasaran dan industri kecantikan di Malaysia semakin meningkat”. Dalam peningkatan ini, lambakan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan diri. Seorang pakar kulit iaitu Dr. Anita berkata “Pemakaian kosmetik yang berlebihan tidak menampakkan keaslian wajah seseorang. Selain itu, pemilihan produk kecantikan juga perlu dititikberatkan kerana khuatir dengan kandungan kimia yang boleh merosakkan kulit.

            Sejak kebelakangan ini, terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan bahan organik atau yang mempunyai nilai tambah seperti halal dan produk mesra alam. Hal ini kerana, mahasiswa telah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kecantikan di samping sihat dan patuh syariah. Antara produk kecantikan di pasaran yang berasaskan bahan organik ialah Herbal Hut Argan Oil. Minyak argan berasal berasal dari pokok argan iaitu pokok tertua di dunia. Pokok ini hanya tumbuh di Barat daya Morocco. Minyak Argan dihasilkan daripada pemprosesan biji buah argan. Minyak Argan juga dikenali dengan cecair emas. Minyak Argan ialah minyak semulajadi yang termahal di dunia kerana khasiatnya untuk kecantikan dan awet muda lebih berkesan. Minyak argan ini telah lama diketahui khasiatnya dalam kalangan penduduk di Negara Morocco. Sekarang, pokok Argan merupakan salah satu pokok yang dilindungi oleh UNESCO kerana dikhuatiri akan kepupusannya. Minyak Argan mengandungi bahan anti-oksidan dan vitamin E yang sangat tinggi yang menjadikannya sangat berkhasiat terutamanya bagi anti-penuaan, mengurangkan kulit berkedut, mengubati pelbagai penyakit kulit seperti eczema, kurap, jerawat, kulit kering dan sebagainya di samping mengubati dan menghalang kelemumur dan rambut gugur. Oleh itu, pelbagai faktor mahasiswa cenderung untuk memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan mereka.

            Rajah 1 dalam halaman 11, menunjukkan pengetahuan mahasiswa tentang minyak Argan. Secara keseluruhannya, majoriti mahasiswa menjawab jawapan positif dalam setiap soalan yang diajukan. Hal ini menunjukkan ramai dalam kalangan mahasiswa telah mengetahui tentang kewujudan minyak argan walaupun masih ada sebahagian daripada mereka tidak mengetahui tentang minyak argan.

            Rajah 2  dalam halaman 13, menunjukkan faktor-faktor mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan. Berdasarkan data yang diperoleh secara keseluruhan menggambarkan bahawa faktor yang mendorong mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan adalah berdasarkan sejauhmana mereka mengetahui tentang kewujudan minyak Argan dan kebaikan-kebaikan yang mereka dapat daripada minyak argan dalam konteks kecantikan. Selain itu, kesedaran mahasiswa dan orang di sekeliling mereka tentang penelitian kualiti sesuatu produk sebelum memilih sebagai suplemen kecantikan mereka.

            Rajah 3 dalam halaman 15, menggambarkan keistimewaan dan tarikan minyak argan. Secara keseluruhan, majoriti mahasiswa mengetahui dan mengakui bahawa keistimewaan minyak Argan dalam menjaga kecantikan kulit, kuku dan rambut berdasarkan kandungan minyak argan itu sendiri yang kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kecantikan.

            Oleh itu, majoriti mahasiswa iaitu seramai 70 orang daripada responden yang menyatakan pendapat bahawa mereka bersetuju dengan pemilihan minyak Argan sebagai suplemen kecantikan. Hal ini disebabkan minyak argan mengandungi pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan diri. Terdapat minoriti responden iaitu seramai 30 orang mahasiswa menyatakan tidak bersetuju dalam pemilihan minyak Argan sebagai suplemen kecantikan yang beralasankan bahawa harga minyak Argan terlalu mahal menyebabkan mahasiswa yang tiada pendapat tetap sendiri tidak mampu memilikinya sentiasa dalam kehidupan mereka.  

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian penyelidikan ini merupakan kajian yang dijalankan untuk merungkai beberapa penyataan masalah yang timbul sebelum kajian dijalankan. Secara terperinci kajian penyelidikan ini mempunyai objektif seperti berikut :

1.      Untuk mengetahui faktor-faktor mereka memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan.
2.      Untuk mengenalpasti tarikan minyak Argan terhadap mahasiswa generasi Y.
3.      Untuk mengkaji tahap pengetahuan mahasiswa tentang minyak Argan.

4.0       PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang akan digunakan bagi menjawab objektif kajian adalah :
1.      Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa dalam memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan?
2.      Apakah keistimewaan dan tarikan minyak Argan?
3.      Adakah mahasiswa sedar akan kewujudan produk berasaskan minyak Argan?


5.0       LIMITASI KAJIAN

Kajian ini akan dilakukan kepada 100 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang mendiami Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ungku Omar yang terdiri daripada 50 orang siswi dan 50 orang siswa. Responden yang dipilih adalah tidak terhad kepada sebarang jurusan. Pengumpulan data pula adalah dengan menggunakan borang soal selidik dan akan dibentangkan dalam bentuk jadual serta kekerapan tema.

6.0        METODOLOGI KAJIAN

6.1        Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah melalui kaedah kualitatif berdasarkan perolehan data mengunakan soal selidik dan kajian kepustakaan. Instrumen kajian ini pula adalah melalui analisis-analisis bahan bertulis dan dokumen responden melibatkan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di kawasan kajian.


6.2        Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini memerlukan beberapa maklumat, justeru pengumpulan data akan melalui carian bahan dalam bentuk buku, jurnal, artikel di Perputakaan Tun Sri Lanang. Malah, kami juga akan menggunakan sumber internet daripada sumber yan sahih untuk mendapat data kajian lepas untuk panduan kami bagi mendapatkan maklumat bagi tujuan pengumpulan data.

Dapatan Kajian ini akan dilakukan dengan kaedah soal selidik kepada 100 orang mahasiswa UKM Bangi yang mendiami Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Dato Onn. Responden yang dipilih adalah tidak terhad kepada sebarang jurusan. Pengumpulan data pula adalah dengan menggunakan borang soal selidik dan akan dibentangkan dalam bentuk jadual serta kekerapan tema

6.3        Kaedah Analisis data

Kaedah analisis data akan diperolehi melalui hasil purata yang didapati dari soal selidik. Jumlah soalan terbahagi kepada 4 bahagian dan setiap bahagian terdapat beberapa soalan mengikut ketetapan yang ditentukan. Analisis ini akan dikira bagi mendapatkan purata peratusan bagi setiap persoalan yang dibuat melalui soal selidik. Analsis ini akan berpandukan  peratus yang didapati dari hasil kajian yang dilakukan terhadap 100 responden sahaja.


7.0        KAJIAN LEPAS

Industri kecantikan di Malaysia kini semakin pesat membangun kerana masyarakat sangat mengutamakan kecantikan. Pelbagai Syarikat dari pelbagai negara datang ke Malaysia membawa pelbagai produk kecantikan spa dan kosmetik untuk diniagakan. Penggunaan minyak Argan sebagai salah satu bahan kecantikan mula diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pendedahan awal terhadap manfaat minyak Argan ini telah membuka minda masyarakat terhadap manfaat pengunaan minyak Argan.

Secretleaf International Sdn Bhd adalah syarikat pertama membawa masuk Argan, iaitu ‘minyak yang boleh dimakan paling mahal di dunia. Antara produknya ialah Pure Oil Series 01 (POS01) dengan 100 peratus minyak argan asli memberi manfaat kepada pengguna di negara ini.

Kajian mengenai Argan mengakui, minyak itu membantu menyerlah rahsia kecantikan dan kesihatan wanita, Minyak argan kaya dengan Omega 3, 6 dan 9, Vitamin E dan A serta antioksida yang baik untuk antipenuaan. Bahkan kaum lelaki yang meminum 25ml minyak Argan setiap hari dapat merendahkan kandungan kolesterol buruk dan menaikkan tahap kolesterol baik dan Vitamin E ( Zoubida Charrouf 2011).

            Walau bagaimanapun, di Malaysia masih tidak terdedah dengan maklumat berkaitan minyak Argan secara meluas. Hal ini kerana terdapat penggunaan yang meluas atas pelbagai jenis herba dan tumbuhan yang mempunyai khasiat yang tinggi juga terdapat di Asia umumnya. Oleh itu pengunaan minyak Argan dalam kalangan rakyat Malaysia masih terlalu sedikit atas faktor kurangnya pengetahuan dan banyaknya pengunaan tumbuhan herba yang turut mempunyai kualiti yang tinggi.

Minyak ini dipercayai menyubur, melindungi dan melembapkan epidermis - lapisan kulit yang paling luar serta membantu menentang tanda-tanda penuaan. Ini kerana minyak Argan kaya dengan khasiat asid lemak tidak tepu seperti Omega 6 dan 9, vitamin E yang jauh lebih padat daripada minyak zaitun dan sejenis bahan antioksidan, polyphenol. Asid lemak tidak tepu dikatakan penting untuk badan. Omega 9 dipercayai boleh membantu mengekalkan keelastikan kulit sementara Omega 6 pula melembapkannya. Vitamin E dan polyphenol adalah antioksidan berkuasa yang dipercayai boleh menolong menentang radikal bebas yang boleh mengakibatkan penuaan kulit pramasa serta merangsang pembaharuan sel kulit (Le Petit Olivier.2011)

            Khasiat seperti vitamin E, asid lemak yang penting dan bahan antioksidan mungkin tidak mampu meresap ke dermis iaitu lapisan kulit di bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah dan lemak untuk memberikan kesan. Sebaliknya, ia hanya kekal pada permukaan kulit sahaja (Dr Derrick Aw.2011). Minyak Argan juga adalah sejenis minyak jenis ringan dan sesuai untuk dicampurkan dalam bahan kosmetik (Zoe D. Draelos. 2011)

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Nadim A. Shaath, Phd dalam kajian beliau berkaitan minyak Argan: Ramuan yang Ajaib. Menyatakan dengan jelas bahawa:

Minyak Argan dijual di Maghribi sebagai barang mewah dan meningkatkan faedah kepada syarikat-syarikat kosmetik di Eropah. Minyak ini kini banyak terdapat di kedai-kedai khas dan kadang-kadang di pasar raya. Minyak Argan adalah ekstrak dari biji pokok Argan (Argania spinosa) dan bernilai untuk pemakanan yang, kosmetik, dan banyak hubungan perubatan. Kepekatan yang tinggi asid lemak tak tepu membuat minyak argan sekutu yang kuat dalam memerangi kolesterol dan artherosclerosis.

Pada tahun 2004 Satu kajian mendapati bahawa tikus yang diberi makan diet yang mengandungi minyak argan mempunyai tekanan darah lebih rendah mungkin disebabkan oleh sifat-sifat  minyak Argan yang antioksida dalam komponennya. Terdapat banyak komponen minyak argan juga penting dalam penyembuhan dan / atau menghalang degenerasi. Karotenoid minyak Argan dan tosterols juga agen anti-radang, dengan karotenoid menunjukkan kesan anti-artritis. Penggunaan minyak argan pada kulit muka mempunyai tradisi yang panjang di utara Afrika. Sifat minyak Argan yang kering mampu meningkatkan keanjalan kulit. Argan mampu menghidrat minyak rambut dengan membentuk lapisan tidak mengewap sekitar rambut. Lapisan ini akan mengekalkan kelembapan sehingga ia dibasuh keluar, menjadikannya pelembap yang sangat kuat dan tahan lama. Kelembapan dikekalkan dalam perhimpunan rambut mampu memberikan rambut cahaya yang menarik dan sihat, memberikan bersinar, kelancaran dan rambut ikal kawalan segera dan juga membantu menguatkan batang rambut dengan menggalakkan keanjalan, dengan itu menghalang sebarang bentuk kerapuhan rambut daripada berlaku. Meterai minyak Argan juga membantu melindungi kutikula rambut daripada kerosakan yang disebabkan oleh produk yang keras serta haba berlebihan dari seterika gaya dan alam sekitar. Selain itu, rambut yang rosak boleh dibaiki oleh jika harian mengunakan minyak argan, kerana vitamin yang pelbagai dan mineral di dalamnya adalah sangat berkesan dalam merancakkan semula rambut.

Molekul dalam minyak Argan Maghribi adalah cukup kecil untuk menembusi korteks rambut. Oleh itu, sambil minyak memberikan rambut rupa bersinar, ia juga membantu menyegarkan dan melembapkan dari dalam batang rambut. Ia dipenuhi dengan antioksidan dan vitamin E dan F yang rambut dan kulit yang direka untuk menyerap elemen-elemen. Tambahan pula, orang yang mengalami keguguran rambut secara semula jadi boleh mencegahnya dengan menggunakan minyak argan, kerana ia boleh membantu memanjangkan hayat rambut dan merangsang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan pengeluaran keratin, protein rambut penting. Perkara yang sama kualiti emolien dan berkhasiat yang membuat minyak Argan rawatan rambut yang sangat baik juga menjadikannya suatu regimen yang sangat baik untuk merawat kuku rapuh.

Minyak Argan mengandungi banyak komponen yang jelas mempunyai manfaat kesihatan yang ketara. Antara ciri-ciri yang lebih luar biasa adalah kuantiti yang banyak tokoferol dan phytosterols argan (schottenol dan spinasterol, yang, seperti yang dinyatakan sebelum ini, jarang dijumpai di dalam produk tumbuhan) berbanding dengan minyak tumbuhan yang lain. A banyak besar komponennya mempunyai antioksidan, sifat radikal iaitu, anti rokok. Minyak Argan telah terbukti memberi kesan positif kesihatan kardiovaskular, penyembuhan luka, dan kencing manis. Ia juga telah Bekas hibited anti-radang, antiseptik, dan anti-penuaan.

Memandangkan antioksidan emolien dan photoprotective cemerlang komponen minyak Argan dan memudahkan penyerapan transcutaneous komponen ini, minyak argan adalah ent ingredi- yang sangat baik untuk penjagaan matahari, terutama untuk perlindungan dari inframerah (IRA) sinar, dan juga untuk kulit dan penjagaan rambut aplikasi kosmetik.
[Sila tulis dapatan ini dalam bentuk penulisan literatur, bukannya bentuk sebegini]

Dapatan kedua dari kajian yang dilakukan oleh lima orang pengkaji dari Universiti Sherbooke Canada berkaitan minyak Argan : membei manfaat kepada penyakit kardiovaskular

Penemuan utama yanag diperolehi daripada minyak Argan dan kesan baik sebagai Hypolipemiant, hypotesif dan aktivti antioksidan. Malah kesan perlindungan minyak Argan boleh dikaitkan dengan komposisi kimia yang menarik. Bukti bukti kajian, pemerhatain eksperimen dan ujian intervensi menunjukkan bahawa penggunaan minyak Arganboleh mengurangkan risiko kardiovaskular dengan pelbagai mekanisme logic bio termasuk kesan ke atas tekanan darah, profil lipid plasma dan status antioksidan.  [Sila tulis dapatan ini dalam bentuk penulisan literatur, bukannya bentuk sebegini]

Berdasarkn kajian yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa kebaikan minyak Argan  jelas terbukti dengan pelbagai kajian dan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa minyak Argan sangat membawa manfaat bukan hanya pada sudut kecantikan namun bagi mengatasi penyakit.

8.0  DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang menginap di lima buah kolej iaitu Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanudin Helmi dan Kolej Dato’ Onn. Borang ini diedarkan kepada semua mahasiswa wanita mahupun lelaki tanpa mengikut pangkat umur dan bangsa. Hal ini adalah membuktikan bahawa penggunaan minyak Argan turut dikenali oleh mahasiswa lelaki. Seramai 24 mahasiswa dan 76 mahasiswi telah memberi kerjasama dalam menjawab borang soal selidik ini.

Demografi Responden

Berdasarkan kepada 100 orang mahasiswa ini, seramai 52 orang mahasiswa terdiri daripada dalam kalangan umur 21-25 tahun, diikuti 40 orang dalam lingkungan bawah 20 tahun dan 8 orang orang terdiri daripada umur dalam lingkungan 26-30 tahun. Hampir keseluruhan menganut agama Islam dengan jumlah 95% atau 95 orang mahasiswa. Manakala agama Buddha sebanyak 4% dan Kristian dengan jumlah yang paling sedikit iaitu 1% sahaja. Bangsa yang memiliki jumlah yang tertinggi ialah sebanyak 95%, Cina 4% dan bumiputera 2%. Responden yang diberikan borang soal selidik ini, rata-ratanya menginap di lima kolej yang menjadi fokus dalam kajian kami. Jumlah responden yang menetap di Kolej Burhanudin Helmi ialah sebanyak 34% bersamaan dengan 34 orang mahasiswa, Kolej Keris Mas 17%, Kolej Ungku Omar 17% serta Kolej Tun Hussien Onn dan Kolej Dato ’Onn dengan jumlah 16%.  Seterusnya fakulti yang mewakili mahasiswa-mahasiswa ini ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan jumlah 29%, Fakulti Sains dan Teknologi mempunyai jumlah sebanyak 23%, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 20%, Fakulti Pengajian Islam 17%, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina 10% dan Fakulti Teknologi Sains Matematik dengan jumlah 1%. Tahun pengajian pula telah melibatkan tahun pengajian satu hingga tahun empat. Tahun dua mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 42%, diikuti tahun satu 41%, tahun tiga 16% dan tahun empat sebanyak 1%.


8.1         Pengetahuan Mahasiswa tentang Minyak Argan
Rajah 1
Rajah 1 menerangkan mengenai pengetahuan mahasiswa mengenai minyak Argan herbahut. Secara keseluruhannya, dalam bahagian ini menerangkan mengenai kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam minyak Argan. Berdasarkan data yang telah diperoleh, merujuk kepada soalan 1 dalam bahagian B iaitu ‘minyak Argan merupakan minyak yang menjaga kesihatan kulit, rambut dan kuku’. Mahasiswa telah memberi respon iaitu sebanyak 29% memilih tidak pasti, 47% memilih setuju dan 24% memilih sangat setuju. Berdasarkan rekod yang telah diperoleh telah membuktikan bahawa seramai 71 mahasiswa telah mengetahui mengenai khasiat yang terdapat dalam minyak Argan ini. Manakala yang menjawab tidak pasti, berkemungkinan sebelum ini mereka tiada pendedahan lagi mengenai minyak ini.

Soalan kedua pula bertanyakan mengenai ‘minyak Argan memberi kesan yang positif kepada kesihatan diri’. Berdasarkan soalan tersebut, sebanyak 42% atau 42 orang mahasiswa menjawab tidak pasti, 40% setuju dan 18% sangat setuju. Minyak Argan diperbuat daripada 100% bahan organik dan kaya dengan vitamin E. Dengan ini sudah semestinya minyak Argan baik untuk kesihatan. Bagi mahasiswa yang menjawab tidak pasti, mereka masih belum mengenali minyak argan ini.

Soalan ketiga pula mengenai ‘minyak Argan digelar ‘minyak emas’ di Morocco’. Jumlah yang telah direkodkan dalam jadual diatas ialah sebanyak 4% tidak setuju, 35% tidak pasti, 44% setuju dan 17% sangat setuju. Minyak Argan berasal dari Morocco dan sememangnya digelar ‘minyak emas’ di Morocco kerana khasiatnya sebagai pelembab kulit dan turut menyembuhkan masalah kulit. Minyak ini sudah terkenal sejak tahun 1550SM lagi. Tambahan pula, minyak Argan mengandungi vitamin E sebanyak 200% lebih banyak berbanding minyak zaitun.

Soalan keempat iaitu, ‘minyak ini membantu untuk memudarkan jeragat, parut dan selulit serta menaikkan seri wajah’. Berdasarkan rajah 1, sebanyak 4% direkodkan dalam kategori tidak setuju, 35% tidak pasti, 44% setuju dan 17% sangat setuju. Minyak Argan sememangnya baik untuk kulit. Hal ini kerana, menurut maklum balas daripada pengguna minyak Argan sebelum ini ada mengatakan bahawa sebelum dia memakai minyak Argan ini, mukanya kelihatan pucat dan lesu apabila bangun daripada tidur, tetapi selepas memakai minyak Argan, mukanya kelihatan berseri walaupun dalam keadaan baru bangun dari tidur. Dengan ini telah membuktikan minyak Argan mampu menaikkan seri wajah kepada setiap penggunanya.

Soalan kelima mengenai ‘produk ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh mahasiswa’. Merujuk kepada jumlah yang telah direkodkan dalam rajah 1 diatas, sebanyak 3% dalam kategori tidak setuju, 45% tidak pasti, 40% setuju dan 12% sangat setuju. separuh daripada mahasiswa yang menjawab borang soal selidik ini, memberi jawapan yang positif. Perkara ini berkait dengan khasiat dan kandungan yang terdapat dalam minyak Argan ini. Jika kesannya baik terhadap pengguna, jadi tidak mustahil mahasiswa akan memilih minyak Argan ini sebagai suplemen kecantikan dan kesihatan mereka.


8.2     Faktor-faktor Mahasiswa Memilih Minyak Argan sebagai Suplemen Kecantikan.
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan jumlah peratus yang direkodkan mengenai faktor-faktor mahasiswa memilih minyak Argan sebagai suplemen kecantikan. Berdasarkan soalan satu mengenai ‘minyak ini sesuai digunakan oleh mahasiswa kerana harganya mampu milik iaitu dengan jumlah RM48.00. Berdasarkan pernyataan berikut, jumlah rekod yang tertinggi ialah 41% dalam kategori setuju diikuti 35% tidak pasti, 15% tidak setuju, 6% sangat setuju dan 3% sangat tidak setuju. Merujuk kepada jumlah tersebut, dapat dilihat hampir separuh mahasiswa bersetuju dengan harga minyak Argan yang dikelaskan sebagai harga mampu milik oleh seorang mahasiswa. Sebotol minyak Argan ini juga, mampu bertahan selama dua bulan, bergantung kepada penggunaannya. Jadi, dengan harga serendah RM48 ini sangat berbaloi untuk dimilik dalam golongan mahasiswa untuk dalam tempoh dua bulan.

Soalan kedua pula mengenai ‘minyak ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit mahasiswa di universiti’. Jumlah yang paling tinggi direkodkan ialah kategori setuju iaitu sebanyak 42%, diikuti kategori tidak pasti dengan jumlah 41%, 9% sangat setuju, 7% tidak setuju dan 1% sangat tidak setuju. Berdasarkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 42 orang mahasiswa telah memilih setuju. Terdapat pelbagai jenis kulit yang dialami oleh mahasiswa universiti, antaranya ialah kulit berminyak, kulit kering, berjerawat dan pelbagai lagi. Dengan ini, penggunaan minyak Argan yang kecil tetapi mempunyai khasiat yang besar iaitu vitamin E yang tinggi mampu mengubati pelbagai jenis kulit mahasiswa di universiti ini.

Merujuk kepada soalan 3 yang berbunyi ‘produk ini mudah didapati di kedai-kedai dan di Instagram mahupun Facebook’. Jumlah yang paling rendah direkodkan dalam kategori sangat tidak setujuk dengan jumlah 4% diikuti yang rendah dalam kategori sangat setuju dengan jumlah 7%, 10% tidak setuju, 37% setuju dan catatan yang paling tinggi ialah dalam kategori tidak pasti dengan jumlah 42%. Hal ini kerana, berkemungkinan mahasiswa kurang mendapat pendedahan dan tidak menjumpai laman sosial yang khusus mengenai minyak Argan ini. Tambahan pula, minyak Argan ini, sememnagnya sukar didapati di kedai-kedai biasa diluar. Minyak Argan ini hanya boleh didapati melalui pengedarnya sahaja. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan peniruan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, minyak Argan ini mempunyai laman sosial yang Official di Facebook dan Instagram, dan ini memudahkan penggunanya membeli minyak ini.

Berdasarkan soalan keempat iaitu ‘ibu bapa mengesyorkan produk ini sebagai suplemen kecantikan’, jumlah yang direkodkan majoriti memilih tidak setuju iaitu sebanyak 41% diikuti 37% tidak setuju, 17% setuju dan 5% memilih setuju. Sebanyak 41% bersamaan dengan 41 orang mahasiswa memilih tidak setuju kerana ibu bapa tidak mendapat pendedahan mengenai minyak Argan dan berkemungkinan ibu bapa kurang mempercayai produk yang berasal dari luar negara. Hal ini kerana, ibu bapa khuatir jika produk dari luar negara ini mengandungi bahan kimia yang tinggi atau turut mengandungi barangan yang haram dari sisi Islam. Dengan ini telah membuktikan bahawa ibu bapa tidak akan mengesyorkan produk Argan ini sebagai suplemen kecantikan kepada anak mereka. Namun, jika ibu bapa sudah mengetahui kandungan dan khasiat minyak ini, sudah pasti ibu bapa membelikan minyak Argan ini untuk anak-anak mereka.

Soalan kelima iaitu ‘saya memilih produk ini bukan kerana produk ini popular, tetapi berasaskan kualitinya yang tinggi’. Berdasarkan soalan tersebut, kategori tidak pasti telah direkodkan sebagai jumlah yang tertinggi iaitu berjumlah 39%, manakala 34% setuju, 15% sangat setuju, 11% tidak setuju dan 1% yang paling rendah dalam kategori sangat tidak setuju. 39 orang mahasiswa memilih tidak pasti kerana, mahasiswa tersebut berkemungkinan tidak mengikut perkembangan minyak Argan ini. Minyak Argan ini sudah popular diserata dunia termasuk Malaysia, tetapi masih belum popular sebagaimana produk-produk kecantikan yang lain seperti Qu Puteh.

8.3     Keistimewaan dan Tarikan Minyak Argan
Rajah 3
Rajah 3 pula merekodkan peratusan mengenai keistimewaan dan tarikan minyak Argan. Berdasarkan jadual tersebut, lima persoalan telah dinyatakan dalam bahagian D ini. Persoalan atau pernyataan yang pertama ialah ‘kawalan pengeluaran sebum dan jerawat’. Merujuk kepada soalan tersebut, jumlah yang tertinggi dicatatkan dalam kategori setuju iaitu sebanyak 45%, diikuti 40% dalam kategori tidak pasti, 13% sangat setuju dan 2% tidak setuju. Jelas membuktikan bahawa mahasiswa bersetuju dan mengakui dengan khasiat minyak Argan yang mampu untuk mengawal sebum dan jerawat. Malah, minyak ini juga mampu menghilangkan jerawat yang timbul di wajah.

Soalan kedua dalam bahagian D ini ialah ‘membantu merawat eczema dan psoriasis’. Soalan kedua ini telah mencatat rekod yang tertinggi dalam kategori tidak pasti iaitu sebanyak 48%, diikuti 44% setuju, 7% sangat setuju dan 1% tidak setuju. Seramai 48 mahasiswa memilih jawapan tidak pasti kerana berkemungkinan mahasiswa tidak mengetahui bahawasanya minyak Argan ini juga mampu merawat eczema dan psoriasis. Secara amnya, minyak Argan kaya dengan anti oksida, vitamin A dan D yang mampu memberi kesan sebagai moisturizer kepada kulit. Jadi tidak mustahil minyak Argan ini mampu mengubati pelbagai masalah kulit termasuk eczema, psoriasis, merawat parut, kulit mengelupas, kulit menggerutu dan kesan resdung.

Merujuk soalan ketiga iaitu ‘mendapatkan rona yang sekata’, kategori setuju telah memperoleh jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 54%, seterusnya 31% dalam kategori tidak pasti, 12% sangat setuju dan 3% tidak setuju. Dengan ini, jelas membuktikan bahawa minyak Argan bukan sahaja dapat mengekekalkan keremajaan kulit, malah dapat megembalikan atau menghasilkan rona wajah yang sekata. Dalam masa yang sama, minyak Argan dapat memulihkan kulit yang sunburn.

Seterusnya soalan 4 mengenai minyak Argan ‘dapat melembabkan wajah yang seimbang’. Berdasarkan pernyataan berikut, 53% telah direkodkan sebagai setuju, 31% tidak pasti, 11% sangat setuju dan 2% tidak setuju. Seramai 53 orang mahasiswa turut bersetuju dengan kenyataan mengenai minyak Argan mampu melembabkan wajah serta minyak Argan ini juga mampu meghilangkan kesan atau bekas jerawat pada wajah. Dengan ini, wajah akan kelihatan berseri dengan kelembapan kulit dan kulit yang licin serta flawless.

Persoalan yang terakhir dalam bahagian D ialah mengenai minyak Argan dapat ‘mencantikkan dan menguatkan kuku serta rambut’. Kategori setuju telah mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 50%, diikuti 33% dalam kategori tidak pasti, 15% sangat setuju dan yang paling rendah 2% dalam kategori tidak setuju. Dengan ini jelas menunjukkan majoriti mahasiswa mengakui bahawa minyak Argan ini mampu menguatkan dan mencatikkan kuku serta rambut. Minyak Argan ini digelar minyak all in one kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk pengguna yang hanya boleh didapati dalam sebotol kecil sahaja. Kandungan minyak Argan yang mempunyai ejen anti-oxidant mampu menjadikan rambut lebih lembut, tidak kusut, menguatkan akar rambut, mengubati masalah rambut gugur dan dapat merawat kulit kepala yang kering. Perkara ini telah membuktikan bahawa minyak Argan ini merupakan minyak yang serbaguna yang boleh mencatikkan wajah serta menjaga kesihatan seseorang pengguna

8.4 Pendapat Mahasiswa mengenai Minyak Argan sebagai Suplemen
 


















Rajah 4

Rajah 4 menerangkan mengenai pendapat mahasiswa mengenai minyak Argan dimana persoalannya berbunyi ‘adakah anda bersetuju dengan pemilihan minyak Argan sebagai satu suplemen kecantikan untuk mahasiswa?’. Seramai 70 orang mahasiswa atau 70% bersetuju jika minyak Argan ini dipilih menjadi salah satu suplemen kecantikan buat mahasiswa. Manakala seramai 30 orang mahasiswa atau 30% tidak bersetuju dengan pernyataan berikut. Berdasarkan ulasan yang diberikan oleh responden, majoriti mengatakan bahawa minyak Argan ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kecantikkan dan kesihatan diri. Oleh itu, dengan kesibukkan seorang mahasiswa dalam menguruskan pembelajaran, mereka masih lagi berpeluang menjaga kecantikkan diri. Mahasiswa tidak perlu lagi mengambil pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan diri dari segi kulit, wajah, rambut dan kuku, kerana dengan sebotol kecil minyak Argan mampu mencatikkan seluruh badan.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir mahasiswa yang tidak bersetuju dengan pengambilan minyak Argan sebagai satu suplemen kecantikkan diri. Merujuk kepada ulasan mereka, mereka mengatakan minyak Argan ini terlalu mahal untuk dimiliki oleh seseorang mahasiswa. Sememangnya mahal untuk satu botol yang kecil, tetapi penggunaannya amat menjimatkan kerana mampu bertahan selama 2 bulan dan khasiatnya tidak memfokuskan kepada satu bahagian kecantikkan malah keseluruh badan boleh menggunakan minyak Argan ini. Sementara itu, terdapat juga ulasan komentar yang diberikan iaitu mereka mengatakan ramai mahasiswa yang menggunakan suplemen yang terkenal sahaja seperti K-Colly, BVR dan banyak lagi yang telah tersiar di dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Perkara ini berlaku kerana, minyak Argan ini tidak terjual disebarangan kedai, ia hanya boleh didapati melalui pengedarnya sahaja. Hal ini kerana, untuk mengelakkan peniruan daripada pihak lain. Minyak Argan ini, sudah terkenal di Morocco dan serata dunia. Jadi tidak hairanlah, jika pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengklonkan minyak Argan ini.


9.0         PERBINCANGAN

Majoroti Mahasiswa UKM bersetuju bahawa jika minyak Argan herbalhut ini dipilih menjadi salah satu suplemen kecantikan mereka. Jumlah mahasiswi yang bersetuju memilih minyak Argan ini sebagai suplemen mereka adalah 68 orang iaitu 68%, manakala bagi mahasiswa pula hanya 32 orang yang mewakili hanya 32% daripada keseluruhan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar bilangan mahasiswi yang bersetuju bahawa minyak Argan ini dipilih sebagai suplemen kecantikan mereka berbanding dengan mahasiswa. Hal ini kerana hanya mahasiswi yang mementingkan kekemasan diri, menjaga kesihatan tubuh badan serta mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik dengan menggunakan produk kecantikan yang semakin membanjiri pasaran online berbanding mahasiswa cetek pengetahuan mengenai produk kecantikan.  

Terdapat tiga faktor yang dicadangkan oleh pengkaji iaitu faktor obses cantik, kualiti produk dan harga mampu milik. Antara faktor terbesar yang menjadi penyumbang utama adalah kerana mahasiswa mengikut perkembangan pasaran produk kecantikan di laman-laman sosial terutamanya mahasiswi. Kebanyakan mahasiswa bersetuju bahawa produk argan oil herbalhut ini telah diperkenalkan melalui Facebook dan Instagram. Mahasiswa juga bersetuju bahawa ibubapa mereka juga telah mengesyorkan produk minyak Argan ini kepada mereka. Selain itu, aktiviti harian di fakulti dan kolej amat mempengaruhi mereka untuk memilih minyak Argan sebagai produk kecantikan. Hal ini didapati mahasiswa menghabiskan waktu mereka dengan pelbagai aktiviti luar yang dapat menjejaskan tona warna kulit dari cerah kepada gelap. Masalah ini menjadi masalah utama bagi mereka dalam menjaga kecantikan diri. Lantas tidak hairanlah jika mahasiswa sentiasa mencari produk kecantikan yang sesuai dengan kulit mereka.

Majoriti mahasiswa mengakui bahawa mereka cenderung kepada minyak Argan ini kerana mereka telah mendapati terdapat pelbagai khasiat dalam minyak Argan ini. Hal ini kerana minyak ini dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu daripada bijian pokok Argan yang mampu menjamin keaslian produk ini dalam penggunaannya daripada berlaku iritasi pada kulit atau masalah yang berkaitan dengan kulit.  Malah minyak ini juga turut diakui oleh profesor perunding di jurusan Dermatologi dari Sekolah Perubatan Universiti Duke, Zoe D. Draelos dalam satu keratan akhbar, The Wall Street Journal, berkata : “Ia adalah minyak jenis ringan dan sesuai untuk dicampurkan dalam bahan kosmetik”.

Namun, terdapat sebilangan kecil kelompok mahasiswa yang tidak bersetuju bahawa minyak Argan ini sesuai untuk dijadikan produk kecantikan kepada mahsiswa. Setelah mengkaji dan meneliti secara lebih lanjut dengan mengetahuinya berdasarkan alasan yang dikemukakan, pengkaji telah mendapati terdapat dua faktor utama yang telah menjejaskan kepercayaan mereka terhadap keaslian dan keberkesanan penggunaan produk ini kepada mahasiswa. Faktor utama adalah kerana mereka mengatakan bahawa produk minyak Argan ini begitu asing bagi mereka kerana tidak popular di media massa tidak seperti produk lain yang berada di pasaran tempatan. Manakala faktor kedua pula ialah mereka meragui dengan ketulenan minyak ini daripada Morocco seperti yang diterangkan dalam borang soal selidik. Hal ini kerana pada tanggapan mereka jika minyak ini berasal daripada negara Morocco, pasti barang ini perlu diimport masuk ke Malaysia. Oleh itu, besar kemungkinan produk ini terdapat produk tiruan daripada pihak-pihak yang tamakkan keuntungan semata-mata. Masalah ini bukan sahaja telah merugikan pihak pengedar minyak Argan yang asli, bahkan menjejaskan faktor keselamatan kulit pengguna daripada tercemar dengan bahan-bahan kimia. Jelaslah bahawa perkara-perkara seperti ini mampu meragut kepercayaan mahasiswa dalam memilih produk ini sebagai suplemen kecantikan mereka.

Kelaziman masalah bagi seorang mahasiswa adalah masalah kewangan walaupun memiliki biasiswa apatah lagi melibatkan sistem kewangan  ibu bapa yang sederhana. Tetapi rata-rata mahasiswa bersetuju bahawa harga minyak Argan ini mampu dimiliki oleh mereka. Bahkan mereka mengatakan bahawa produk yang berasaskan daripada bahan yang berkualiti selayaknya mempunyai harga yang tinggi apatah lagi produk ini berasal daripada luar negara, malahan hanya satu botol yang kecil ini sahaja mampu digunakan untuk keseluruhan anggota tubuh badan yang meliputi seluruh kawasan kulit, rambut dan kuku. Majoriti mahasiswa mengaku bahawa mereka menjangkakan bahawa produk argan oil herbalhut ini mampu laris di pasaran tempatan oleh disebabkan harganya yang murah dan mutu produk yang tinggi. 


10.0     KESIMPULAN

Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang dapat menarik minat mahasiswa untuk memilih produk ini sebagai produk kecantikan mereka. Hal ini kerana, untuk mengenalpasti keistimewaan dan tarikan minyak argan terhadap mahasiswa generasi Y. Majoriti mahasiswa memberi respon sangat setuju mengatakan bahawa kesistimewaan minyak argan adalah dapat mencantikan dan menguatkan kuku dan rambut. Hal ini dapat dibuktikan dari kesan dan testimoni produk ini yang menunjukkan produk ini berkesan dan dukaji oleh pengeluar produk. Disebabkan penyerapan minyak ini dapat menyerap masuk ke dalam kulit, kuku dan rambut telah menyebabkan minyak ini cepat berkesan berbanding produk yang lain.

Minyak argan yang kaya dengan zat zat seperti vitamin e, a, b dan anti oxidant, membolehkan untuk merawat eczema dan psoriasis. Penyakit ini merupakan penyakit kulit. Ramai mahasiswa tidak pasti akan keberkesanan produk ini terhadap penyakit. Hal ini adalah kerana, mereka tidak menghidap penyakit tersebut dan tidak dapat dibuktikan kepada mereka.

Antara keistimeewan yang lain adalah minyak Argan dapat meratakan rona kulit. Namun, terdapat segelintir mahasiwa yang tidak bersetuju. Perkara ini menunjukan keistimewaan ini tidak dapat dinikmati oleh segelintir mahasiwa. Mungkin cara penggunaan yang salah menyebabkan minyak ini kurang berkesan kepada mahasiwa. Sememangnya minyak argan mempunyai pelbagai keistimewaan dan perkara ini terbukti apabila ramai responden yang bersetuju dalam setiap soalan. Ramai mahasiwa yakin bahawa minyak argan dapat menjaga kulit, rambut dan kuku. Perkara ini mungkin disebabkan mereka faham akan kelebihan minyak ini melalui iklan iklan atau mereka faham melalui penerangan yang diberi oleh kami sebelum mereka mula disoal selidik. Sememangya minyak argan ini sangat berkesan kepada kulit, rambut dan kuku, oleh disebabkan itu minyak ini menjadi pilihan kepada


RUJUKAN  [gunakan cara menulis rujukan Gaya UKM atau gaya yang lain]

Bernaderre Montanari. 2012. A Criticalanalysis of the introduction of essential oil distillation in the High Atlas of Marocco with reference to the role of Gendered traditional knowledge. School of Anthropology and Convervation University of Kent at Canterbury
Loreal Canada. 2008. Responsible sorcing of argan Oil, Household and personal care products
Nadim A. Shaath.Ph.D. 2012. Argan Oil: Miracle Ingredient. Apha & Development, Ltd. And Shaath & Meadows Consultation, White Plains. New York
Mounia Cherki, Hicham Berrougui, Anas Drissi, Ahmed Adlouni dan Abdelouhed Khalil. 2006. Argan Oil: Which benefits on Cardivascular disease. Laboratory of Oxidations Stress and Atherosclerosis, Research Centre on Aging, Univesity of Sherbrooke, Sherbrooke, Que, Canada
Pamela Mello Faria, Luciana Neves Camargo, Regina Siqueira Haddad Carvalho, Luis Antonio Paludetti, Maria Valeria Robles Velasco, Robson Miranda da Gama. 2013. Hair Protective Effects of Argan Oil (Argania Spinosa kernel Oil) and Cupuassu Butter (Theobroma grandiflorum Seed Butter) post Treament With Hair Dye.
Berita Malaysia. 2011. Argan bukan minyak sembarangan. 12 November
Sinar Harian. 2013. Malaysia bakal hab Indus